Beberapa hari sebelum sambutan hari guru berlangsung, pengerusi kelab guru sekolah mengumumkan setiap guru perlu membawa satu bungkusan hadiah bernilai RM10-RM15 untuk bertukar-tukar hadiah sesama guru.
Saya tidak pasti idea siapakah itu, tetapi kenyataannya saya kurang berkenan. Apa rasionalnya? Mungkin sekadar suka-suka tetapi saya fikir, sedikit menyusahkan saya yang seringkali buntu idea dalam mencari dan membuat keputusan. Apa pun, saya akur dan mula berkira-kira apa agaknya yang sesuai untuk saya sediakan.
Nasib saya agak baik kerana tidak perlu mencari di kedai. Pulang ke rumah saya teringat satu kotak hadiah yang masih belum diusik, yang saya pun sudah lupa hadiah itu diterima kerana apa. Kebetulan juga kertas pembungkus hadiah sudah ada, maka saya bungkus semula hadiah itu agar ia kelihatan baru.
Esoknya, saya bawa ia ke sekolah.
Tiba hari guru, acara bertukar hadiah dijalankan sebaik tamat persembahan pelajar. Setiap hadiah ditanda dengan nombor dan setiap guru diberikan nombor secara rawak. Guru akan menerima hadiah yang sama nombor dengannya.
Memandangkan masa sudah lewat, acara itu tidak sempat habis dan nombor saya tidak sempat dipanggil. Biarlah. Saya tidak terlalu berharap. Jika ada bahagian saya alhamdulillah. Jika tidak ada pun tidak apa-apa...
Dua hari kemudian, saya sedang menyusun kertas latihan di bilik saya. Jam sudah hampir dua petang tetapi saya masih ada satu kelas tambahan dan akan pulang pada jam 3. Ustazah Norizan singgah di bilik saya, sekadar berbual-bual sementara menunggu suaminya datang menjemput.
Rakan guru saya, cikgu Suhaide dan cikgu Yuswadi sedang bersiap-siap untuk pulang. Ustazah Norizan terpandang dua bungkusan hadiah di atas meja cikgu Suhaide. Bila ditanya, rupa-rupanya hadiah itu belum bertuan. Saya terus memberitahu yang saya belum lagi mendapat hadiah saya. Cikgu Suhaide meminta saya mengambil salah satu daripada hadiah-hadiah itu. Ustazah Norizan pula berkata, "Kak Ti, ambillah yang biru itu!" Saya ikut sahaja. Hadiah itu berupa kotak yang agak besar tetapi ringan sahaja. "Apa ya?" Saya cuba meneka dan menggoncang-goncang kotak itu. Sambil tersenyum, ustazah Norizan berkata, "Sebenarnya hadiah ini saya yang bagi."
"Oh ya ke?" Saya teruja untuk membukanya. "Janganlah buka lagi kak Ti.. Kat rumahlah! Jangan bimbang, hadiah ini boleh diguna sepanjang hayat!"
Saya hanya tersenyum dan dalam hati semakin tertanya-tanya...
Pulang ke rumah, saya terus membuka hadiah itu. Jeng! Jeng! Jeng!!! Inilah hadiahnya.

Terima kasih ustazah Norizan bt Seman untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Tidak sangka saya akan mendapat hadiah yang cukup saya gemari.. Rasa menyesal pula kerana tidak menggemari idea ini pada awalnya.

No comments:
Post a Comment