Dapat 100, bising. Aduh!
Susahkan jadi pemimpin, nak kena hadap perangai rakyat yang macam-macam. Tetapi peliknya, berebut puak-puak mereka nak jadi pemimpin. Sampai nak berhimpun suruh PMX turun.
Saya ni, semakin hari semakin menyampah dengan dunia politik Malaysia. Selalu sakit hati bila terbaca tulisan golongan yang anti kerajaan. Macam sengsara benar hidup mereka di bawah pemerintahan kerajaan perpaduan. Bagus sangat ke calon PM idaman mereka tu?
Saya bukan pentaksub PMX. Saya bukan orang PH. Saya non-partisan, yang melihat semua parti politik di negara saya sama dan serupa saja peelnya. Sejak Tuan Guru meninggal dunia, saya hilang rasa dah nak sokong parti politik sebab keutamaan mereka dah lain. Tak sama dengan Tuan Guru yang begitu tinggi nilai akhlak dan keperibadiannya.
Bila mengundi, saya pilih yang saya rasa lebih baik dalam kalangan yang tak baik itu. Selepas mengundi, saya abaikan segala berita tentang kegelojohan puak-puak ini. Saya sakit telinga mendengar ucapan dan ceramah politik, biar dari pihak mana pun.
Pada saya, bantuan yang diumumkan ini biasa saja. Sama seperti PM-PM sebelum ini juga, tetapi tidaklah saya mahu mengkritik apa-apa. Ambil sahaj dan ucap terima kasih. Nanti bagilah lagi ya!
Nak bising sebab apa? Nak bagi nampak bodoh?
No comments:
Post a Comment