Sedikit ringkasan tentang ibadat umrah. Sekadar ulangkaji, kerana manusia sentiasa lupa.
Umrah dari sudut bahasa ialah ziarah. Apabila dikatakan seseorang itu melakukan umrah, maksudnya dia melakukan ziarah. Atau maksudnya, pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak umrah bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum. Dari sudut masa haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijah. Manakala umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tidak ada. Ia hanyalah: Niat, tawaf, melakukan sa’ ie dan bercukur ataupun bergunting sahaja. Dari sudut lain, berlaku ijmak ulama' terhadap kewajipan menunaikan haji, manakala umrah, para ulama' berselisih pendapat tentang kewajipannya.

Secara ringkasnya, amalan-amalan umrah ialah:
(1) Ihram
(1) Ihram
(2) Tawaf
(3) Sa'i e
(4) Cukur/gunting rambut kepala. ( Dengannya selesai ibadat 'umrah).
(5) Melakukan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan kota Makkah.
(3) Sa'i e
(4) Cukur/gunting rambut kepala. ( Dengannya selesai ibadat 'umrah).
(5) Melakukan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan kota Makkah.
Secara praktikalnya, selepas tiga hari berada di Madinah, jemaah akan dibawa ke Makkah. Ketika ini, jemaah perlu berpakaian ihram kerana bas akan berhenti di Bir Ali, dan para jemaah akan berniat umrah di situ. Selepas berniat umrah, jemaah kini tertakluk kepada larangan-larangan dalam ihram.
Setiba di Makkah, para jemaah akan ke Masjidil Haram untuk melaksanakan tawaf umrah, saie umrah dan akhirnya bercukur. Selesailah satu umrah.
Untuk umrah-umrah seterusnya, bolehlah dilakukan mengikut jadual pihak agensi, atau pergi sendiri dalam kumpulan. Terpulang kepada keupayaan jemaah ingin berumrah berapa kali. Jika tidak mampu, lakukan sahaja tawaf sunat dan juga bersolat jemaah lima waktu di masjidil haram.
Semoga umrah kita diterima Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment