"Jawab elok-elok ya, jangan meniru!"
Itulah ucapan saya setiap kali peperiksaan bermula. Saya mahu pelajar-pelajar saya tahu yang meniru itu tidak baik. Pernah saya mengancam dengan berkata, "siapa meniru berdosa. Orang berdosa masuk neraka!"
Tetapi mereka tidak endah.
Ah, budak-budak. Mereka selalu tidak mahu berfikir panjang. Puas kita leteri mereka tentang keburukan meniru tetapi apa mereka kisah?
Saya dulu pun begitu juga.
Pada peperiksaan akhir tahun tingkatan empat, ada cerita yang masih saya simpan.
Saya, Elin dan Fidah sekelas untuk subjek Pendidikan Islam. Sebelum masuk ke kelas peperiksaan, kami bertiga berjanji untuk duduk berdekatan. Saya memilih meja paling belakang dan paling tepi, manakala Elin di belakang saya dan Fidah di sebelah kiri Elin.
Apabila peperiksaan bermula, kami menjawab dengan khusyuk. Elin berbisik dari belakang bertanya soalan, dan saya menulis jawapan di cebisan kertas. Saya pass pada Elin, dan Elin pass pada Fidah.
Awalnya semua berjalan lancar tanpa disedari sesiapa. Sehinggalah pada satu ketika, sewaktu saya sedang menghulur jawapan kepada Elin, ustaz terpandang gelagat kami.
Ya Allah! Saya ketakutan. Ustaz memandang bersahaja tetapi penuh makna. Saya tahu dia akan bertindak sebab itu saya takut sangat.
Ustaz keluar dari kelas seketika. Tidak lama, ustazah pula masuk dan menuju ke meja Elin. Dia memeriksa bekas pensil Elin dan menemui beberapa cebisan kertas bertulis jawapan.
Saya semakin seram.
Dia beralih ke meja Fidah. Perkara sama dilakukan dan benda sama juga ditemui. Nama mereka berdua diambil dan ustazah pun berlalu.
Alhamdulillah! Saya selamat!
Selesai peperiksaan, saya terfikir kenapa ustaz tidak bertindak sendiri? Ustaz nampak saya dan Elin bertukar jawapan tetapi ustazah menangkap Elin dan Fidah, dan saya selamat! Tentu ustaz memberitahu ustazah, dua orang pelajar di meja belakang sekali meniru. Ustaz maksudkan saya dan Elin tetapi ustazah anggap Elin dan Fidah.
Mujur Elin dan Fidah tidak marah-marah. Mereka mendapat markah kosong untuk kertas itu dan terpaksa mendudukinya semula pada awal semester seterusnya.
Betapa saya bersyukur kerana tidak ditangkap. Dapat saya bayangkan betapa nanti ayah membasuh saya bersih-bersih jika dia tahu saya meniru (memberi tiru sebenarnya).
wow..
ReplyDeletetak pernah tahu pun cerita ni. saya pun pernah juga memberi tiru dan terpaksa jawab depan lecturer bla bla bla..waktu di matrik, kelas kimia, tapi bukan exam, kuiz je pun..heheheh..seb baik lecturer kima hensem, berbaloi jugak disoal siasat pun..hahahaha..
-ciksu-
Ya ke sy x pernah cerita?
ReplyDeleteAwak ni, asal hensem je ok saje!