Saya baru di tingkatan satu waktu itu, waktu kali pertama novel ini saya khatam.
Novel Hartini, karya Aziz Afkar.
Latar masanya sekitar 1960-an dan latar tempatnya di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Dan saya membaca lagi untuk kali kedua pada tahun berikutnya. Dan kali ketiga sewaktu di matrikulasi.
Ia novel hebat. Bahasanya cantik, ceritanya menyayat rasa. Saya mencari novel itu untuk dijadikan simpanan peribadi tetapi hingga kini belum saya temui.
Hartini, seorang guru muda yang manis dan berjiwa murni, memberi seluruh cintanya pada seorang jejaka miskin bernama Amli tanpa Amli menyedari.
Apa yang menyentuh sehingga saya menangis teresak-esak biarpun kali keberapa saya membacanya? Malah, pada kali pertama buku itu saya baca, tiba-tiba elektrik terputus di asrama. Saya tega meneruskan bacaan ditemani cahaya lilin dek tidak mampu menahan rasa yang sedang diamuk pilu itu,
Hartini mengenali Amli daripada novel tulisan Amli. Tidak pula dia menyangka, rumah Amli hanya beberap langkah dari tempat tinggalnya di Pasir Panjang itu. Apabila dia mengetahui si penulis novel yang bagus itu hidup miskin dan hanya menjual telur itik, dia rasa sangat kasihan dan ingin sekali membantu.
Hartini begitu lembut dan santun orangnya. Biar betapa dia amat mengasihi Amli, tetapi tidak sekali pun ucapan cinta itu diluahkan. Dia menunjukkan rasa cintanya dengan membantu Amli menjadi penulis terkenal dan keluar dari kepompong kemiskinan. Dia mahu Amli menjadi manusia yang berjasa dan punya kedudukan. Manalah dia tahu, apabila Amli terkenal begitu, ramai pula gadis yang mengejarnya.
Amli pula, sesungguhnya mencintai Hartini tetapi dia tidak berani meluahkan kerana merasa diri terlalu rendah dan hina. Dia hanya seorang anak kampung yang miskin, sedang Hartini seorang pelatih guru yang bijaksana. Biar betapa dalam cinta dan kasihnya kepada Hartini, tidak sekali pun dia meluahkan meskipun pada detik dia sudah kaya dan terkenal. Lalu apabila ada gadis yang mahu mendekatinya, dia menerima sahaja kerana sangkanya Hartini tidak akan sudi menerima cintanya.
Lalu berkahwinlah Amli dengan Azimah, yang juga rakan sepengajian Hartini.
Kecewa hati Hartini hanya Tuhan yang tahu, tetapi dia cuba menyembunyikan semampunya. Amli pula, tidak mampu hidup bahagia dengan Azimah kerana Azimah bukanlah perempuan yang baik.
Penghujung cerita, Amli dan Hartini membawa kisah kasih mereka hingga ke pusara. Hartini meninggal kerana penyakit misteri, dan Amli setelah bercerai dengan Azimah tidak mampu menahan rasa bersalahnya kerana mengecewakan Hartini. Setiap hari pusara Hartini dikunjunginya sehingga ke hujung hayatnya.
Saya rindu kisah itu untuk dihayati lagi. Tetapi pencarian saya masih enggan berakhir.

Sent from Samsung Mobile
Saya dah lama cari novel hartini. Saya nak beli kalau Pn ada
ReplyDeleteSilap tue
ReplyDeleteAmli dan azimah tidak sempat berkahwin..azimah telah mencurangi Amli dgn berkasih dgn org kepercayaaan Amli (sudin) dan telah mengugurkan kandungan hasil hubungan sulit dgn Sudin.
setelah sekian tahun mencari, akhirnya sy miliki novel ini, tapi tak sanggup nak lepas kan. bukan sbb harga, tapi perit dan jerih usaha utk mendapat buku ini.
ReplyDeleteSayabpun mencari novel ni ...dimanakah boleh saya dapatkanya..
DeleteSayabpun mencari novel ni ...dimanakah boleh saya dapatkanya..
DeleteCik boleh bagi contact nber saya nak tanya berkenaan novel hartini.
Deletepuan masih ada simpan novel hartini ni tak?saya berhasrat utk beli salinan nya
DeleteRupenye berharga novel ni kan..dulu arwah mama sy ade..sy sempat bc semasa dibangku sekolah.tp ade kenalan pinjam..entah kemane perginye. Kalau la sy tahu nilai buku ni...mmg sy tak bg sesape..huhu..
ReplyDeleteBoleh tahu Tak dekat Mana nak beli dah lama sy mncari novel ni
ReplyDeleteSaya masih Ada menyimpan novel hartini,sebagai kenangan. Novel ini dihadiahkan Dari guru darjah6 -1970.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKat mana saya blh dptkan buku ni....
Kalu ada sapa nak jual...tolong bagitau..
Salam,

Cerita ni Di telaga mengkudu Kan...
ReplyDeletePasir Panjang la. Telaga mengkudu mn ada maktab guru. Jgn dooh laljlu, ngat
DeleteSalam. Di mana sy bole beli novel nie. Pls. Kenangan dgn arwah ayah. Nama sy pon sempena novel nie
Delete