Geger. Baru sekarang geger pada hal perkara ini sudah lama.
1989, Faiznur Miskin mengaut tujuh emas dalam acara gimnastik sukan SEA yang tuan rumahnya Malaysia. Dia terkenal tiba-tiba dan dipuji melangit. Waktu itu tiada yang geger seperti kali ini.
Seperti apabila Farah Ann menang emas di sukan SEA Singapura ini. Saya tidak pasti apakah kegegeran ini tetap berlaku jika Farah tidak menang emas.

Jujurnya, saya sudah lama melihat acara ini tidak sesuai disertai anak-anak gadis Muslim. Saya sudah lama mahu mereka disekat daripada memasuki acara yang memerlukan mereka terkangkang di sana sini, di khalayak ramai. Sudah lama, sejak saya menonton aksi Faiznur Miskin 26 tahun yang lalu. Bukan hanya kerana aurat yang terdedah, tetapi adab kesopanan turut digadai. Kala itu hati saya berdetak, tidak malukah dia?
Saya menanti juga pengharaman acara begini buat gadis-gadis Muslim sebagaimana mereka disekat dari menyertai ratu cantik, tetapi tiada apa tindakan pun dari pihak berkenaan. Semua diam. Semua membiarkan. Lalu apabila Farah Ann menang, tiba-tiba kita mahu melatah.
Apa yang kita dapat dengan bising seperti ini? Tidak sakitkah hati apabila kata-kata "Melayu bodoh" dilempar oleh non-Muslim?
Farah menang emas, tetapi dia dicela. Dan kita mencela dia secara terbuka, yang boleh dibaca dan dilihat oleh semua. Apa Islam tidak punya etika?
Wajar benar, dari awal lagi acara ini tidak dibuka untuk gadis-gadis Islam. Baru tiada bunyi-bunyi hodoh yang menyakitkan hati dan mungkin boleh membawa perbalahan.
Tetapi begitulah. Kita tetap tidak mahu belajar dari sejarah. Hanya apabila terhantuk, baru kita terngadah.
No comments:
Post a Comment