Rasanya, saya masih belum mampu memujuk hati menerima sebuah realiti yang menjadikan saya sendu berhari-hari. Setiap detik, benak fikir saya menjadi begitu sarat dengan segala perbandingan tentang sebuah ketidakadilan yang saya alami kini. Jiwa saya sakit sebenarnya. Sangat-sangat sakit! Namun hanya saya yang tahu kesakitan ini. Tidak sesiapa, hatta suami saya sendiri...
Puas saya pujuk hati, terimalah setiap ketentuan. Percayalah, ini sudah tersurat. Ia ketetapan azali. Bukankah saya ini berminda positif? Bukankah saya ini sentiasa menyedari tentang hikmah setiap kejadian? Bukankah saya ingin melatih diri saya kuat menerima ujian? Bukankah begitu? Bukankah?
Bukan!
Aduh! Saya sangat sakit. Kebencian tiba-tiba menjadi sahabat hampir saya. Kemarahan juga. Dan kemurungan.
Pun, hari ini hari jadi saya. Hari yang membawa saya ke fasa baru kehidupan. Ya, saya sudah melangkah ke usia yang penuh warna-warni. Usia yang tidak memungkinkan lagi saya menjadi keanak-anakan, atau terus-terusan melayan jiwa yang melankolik. Saya sudah empat puluh tahun. Bukan sahaja matang, malah tua!
Tua itu bukan sesuatu yang menakutkan. Ia lumrah dan saya menerima penuh pasrah. Biarpun hakikatnya, ketuaan itu membawa saya lebih dekat dengan mati, sekurang-kurangnya saya tahu kematian itu membawa saya lebih dekat dengan Ilahi.
Saya mahu membina semangat baru untuk hidup. Sakit itu masih terasa. Peritnya mencakar-cakar dalam dada saya. Namun semangat baru ini wajib saya hidupkan dengan penuh kekuatan. Kekuatan yang hanya diperoleh daripada rasa kecintaan yang hakiki. Saya tidak mahu penganiayaan yang saya rasa ini menghancurleburkan semangat yang sedang saya bina.
Payah. Memang payah membuang segala duri yang mencucuk pedih tangkai hati. Namun saya tahu, kewajaran membiarkan ia melukai saya tiada. Saya ingin bangkit! Biar segala sakit dan pedih itu tinggal hanya mimpi. Saya mahu semangat baru saya ini subur dalam jiwa, membawa saya ke syurga.
Di syurgalah sahaja, saya akan temui bahagia hakiki. Bukan di sini....

apa sebenarnya berlaku kakak? macam dizalimi dan dianiayai je ni..ya benar, islam mengajar kita untuk terus bersabar..tapi sampai bila kita nak biarkan manusia terus dengan ketidakadilan mereka..kenapa kita selalu sahaja mengalah, sedangkan kita tahu ketidakadilan itu berlaku..kita sepatutnya menjadi seorang yang hebat yang akan menegakkan keadilan. bukan hanya menunggu keadilan tertegak di akhirat sahaja.
ReplyDeleteTerima kasih dik, kerana prihatin...
ReplyDeleteHidup, macam tu lah. Sebagai penjawat awam, saya tertakluk pada banyak perkara. Apa pun kesedihan saya, saya tak punya banyak ruang dan peluang untuk bersuara.
Alah, bukan teraniaya sangat pun sebenarnya. Gempak je lebih. Meluah perasaan, itu yang utama.
kadang2 perlu ajar juga hati jd berani, bukan hanya perlu didik hati jadi sabar. hehehe..=)
ReplyDeletesy pun sdg belajar.