Monday, January 23, 2012

Serik

Saya bukan pendendam, tetapi mengingat kembali apa yang saya, emak dan suami alami saat bertandang ke rumahnya, saya berasa serik. Berasa enggan lagi berurusan dengan manusia yang saya sangka tinggi ilmu dan akhlaknya, namun menghormati tetamu pun tidak mampu. Apatah lagi saat itu jiwa kami sekeluarga sangat resah memikir kemungkinan yang bakal dihadapi insan yang kami sayangi, namun dia - manusia berilmu itu - tidak menunjukkan sedikit pun simpati. Dia tega membiarkan kami berlama-lama di suatu tempat yang kami sangka sangat islamik, menunggu dengan sabar mengharap buah pertolongannya. Rupanya dia sedang enak tidur di kamar sendiri!

Lucu sekali, bukan? Hati saya menggelegak amat malam itu, namun dengan sedikit pengertian tentang hikmah sabar, saya tahankan kemarahan daripada meletup. Biarlah, biar Allah yang menentukan segala. Saya bukan pendendam.

Peliknya, sebegitu dia melayan saya, emak dan suami namun kami masih juga ingin meneruskan urusan hidup di dunia ini dengannya. Apa hebatnya dia sehingga kami tidak mampu mengelak daripadanya?

Apabila adik perempuan saya memberitahu dia ingin bekerja di situ, saya sangat cuak. Peristiwa dua tahun lalu kembali menerpa dalam benak fikir saya. Bukan dendam, tetapi serik. Saya takut pisang berbuah dua kali. Namun saya bukanlah lulusan agama yang tahu ayat itu dan ayat ini untuk dibaca kepada adik saya agar dia tidak bekerja di situ. Lalu, saya mempositifkan minda dengan menganggap, mungkin ini satu peluang untuk adik saya membina pengalaman dan mencari pendapatan, dengan mengabaikan siapa tuan punya pusat pengajian itu.

Ah, masakan ia semudah itu!

Benarlah. Saya berani merumuskan betapa Islam itu hanya dijadikan topeng dan alat sahaja oleh manusia ini dalam merealisasikan nafsu dan keinginan diri. Dia mencemar nama baiknya sendiri dengan membuka segala pekung yang ada. Berselindung di sebalik gelaran, dia mengonar sesuka hati.

Saya buntu. Saya mahu keluarga saya terpisah daripada dia kerana dia bukan seorang pejuang tulen yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menegakkan agama. Dia ego, bangga diri dan tidak pandai menghormati orang lain. Walaupun dia lulusan agama, itu bukan tiket untuk dia merendah-rendah dan menjatuhkan maruah orang lain. Walaupun saya bertemunya hanya sekali itulah, namun saya banyak mendengar cerita-cerita tentangnya. Dan dari situ, saya sanggup membuat rumusan seberani ini.

Sungguh, saya berani berkata begini kerana saya mahu keluarga saya jauh daripadanya. Mungkin ada jasa baktinya pada keluarga kami dan jazakallahu khairan kathira kami ucapkan untuk itu, namun hutang budi biarlah kami bawa ke mati. Tak perlu dibalas di dunia ini!

6 comments:

  1. K.ti, adakah dengan menjauhkan diri daripada 'dia' boleh menyelesaikan masalah? saya rasa tidak sama sekali..kita lah yang perlu berusaha dan bertindak untuk elakkan lebih ramai yang menjadi 'mangsa'..

    walaupun saya hampir buntu dan berputus asa, tetapi, bila pandang wajah tak bersalah anak2 didik saya, saya rasa saya bertanggungjawab untuk membantu mereka..mereka tidak sepatutnya dilayan begitu dengan yuran bulanan yang saya kira sudah cukup untuk memberi keselesaan kepada mereka untuk menginap dan belajar. tetapi sayangnya, tempat kediaman mereka sangat mengecewakan, tidak ubah seperti berada di kawasan setinggan yang kebanyakannya dihuni oleh PATI..dalam bilik, mereka hanya punya katil double decker, dan almari pakaian. pelajar yang berada di katil bahagian bawah, jadi hidangan nyamuk setiap malam. di katil itulah mereka jadikan meja makan, di katil itu juga mereka jadikan meja tulis utk ulangkaji.. di katil itu juga tempat mereka tidur, dan di katil itu jugalah mereka letak buku..mereka tidak punya rak untuk letak buku2 mereka, mereka juga tidak punya meja untuk dijadikan meja makan.

    seawal 5 pagi, mereka perlu berebut2 menggunakan tandas untuk bersiap2 solat subuh. 5 buah tandas untuk pelajar hampir 40 orang.mereka tidak dibenarkan mandi dalam tandas, kerana tandas hanya tpt untuk buang air. maka, beramai2 lah mereka mandi di luar tandas yang luasnya hanya kurang sedepa.mereka mandi dengan menggunakan air kolah yang kadang2 kuningnya mengalahkan teh 0 . sistem saliran yang sangat teruk menyebabkan air mudah bertakung apabila bilik air digunakan serentak.akibatnya, mereka sukar untuk wudhu' kerana kaki mereka ditenggelami air yang tidak bersih dan terpaksa menunggu untuk air takungan tersebut surut, barulah boleh mereka berwudhu'.

    ReplyDelete
  2. samb...

    keadaan bilik darjah juga yang saya kira tidak langsung mendorong mereka untuk belajar. kerusi dan meja diharamkan barangkali di sana. maka, rehal yang sama saiznya dengan buku mereka dijadikan meja..mereka tiada tempat untuk menyandarkan belakang mereka melainkan dinding kelas. itupun hanya apabila guru tiada dalam kelas. bermula 7.50 sehingga 12.45 mereka perlu belajar dengan hanya beralaskan sarapan jam 7 pagi tadi.

    Mana hak mereka?

    bila saya mengadukan hal ini kepada ‘dia’. Dia langsung tidak menunjukkan tanda atau usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebaliknya, menggunakan alasan agama untuk menutup kegagalan pentadbirannya di pusat pengajian tersebut. Dia menggunakan hujah bahawa Nabi dulu juga hidup susah, jadi kita sebagai umatnya perlu belajar susah. Tambahnya, pusat pengajian tersebut bukanlah milik kerajaan, dia tidak punya dana yg cukup utk menyediakan kemudahan yg lebih baik kepada pusat pengajian tersebut. Apa yg menghairankan saya, tercapai pula akalnya utk membina masjid 3 tingkat yang saya kurang pasti sama ada, Rasulullah membinanya atau tidak pada zaman baginda. Bukankah lebih elok jika dana untuk masjid itu disalurkan sedikit untuk menambahbaik kediaman pelajar. Tak kan untuk menyediakan kemudahan asas pelajar pun, perlu tunggu sehingga 20 tahun? Saya tidak kisah kalau pusat pengajian tersebut baru berusia 2, 3 tahun. Persoalnnya, adakah 15 thn itu masih belum cukup lama bagi sebuah pusat pengajian untuk menyediakan kemudahan ASAS yg sempurna kepada pelajar2nya. Lebih memeranjatkan apabila salah seorang tenaga pengajar pusat pengajian tersebut menyatakan dalam mesyuarat guru bahawa, mereka tidak cukup wang untuk membeli lauk dan sayur kepada pelajar2. Sungguh menyedihkan dan mengecewakan.

    Ya, saya sedar, siapalah saya untuk menasihati atau menegur seorang yang bergelar hafiz, sedangkan saya bukanlah produk ‘bidang agama’ sepertimana katanya. Tapi, saya akan terus berusaha untuk memastikan anak2 didik saya mendapat hak mereka. Saya tidak akan tinggalkan mereka berterusan dalam keadaan yang amat menyedihkan itu.

    k.ti, kita tidak boleh lari daripada masalah, sebaliknya kita perlu menyelesaikan masalah. kita tidak boleh terus membiarkan golongan seperti dia terus dengan egonya. berbaloikah kurniaan akal yg hebat dari Tuhan, jika kita hanya berdiam diri? sangat merugikan..

    ReplyDelete
  3. Saya rasa begini, alang2 kita dah kerja dan bergelumang dgn dia, maka sebolehnya kita berusaha lah untuk mengubah mana yg mampu seboleh2 nya. Barulah berbaloi..bukan sekadar bekerja mengkhinzir buta di situ dan bertaqlid mutlak dgn dia.

    Kita bukan bekerja utk bersubahat dgn segala ego nya, tapi kita niatkan utk membantunya ber HIJRAH dari kesempitan kekayaan dunia, kepada keluasan kekayaan Islam. Sebagai saudara Muslim nya, kita ada tanggungjawab dakwah terhadapnya. Walaupun tipisnya potensi kejayaan, sekurang2nya kita perlu berusaha.

    Saya ingatkan golongan2 begini hanya wujud dalam karya Erma Fatima, rupanya memang golongan begini benar2 wujud. Patutlah Erma Fatima kata, kita perlu dedahkan kepada masyarakat sebelum golongan begini menjadi barah yg tidak dapat lagi diselamatkan.

    Banyak benda yg nak kena ubah...

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya sudah lama saya menasihatinya, bukan sehari dua bahkan sampai hari ini. Ismah baru je berada di situ sudah terasa kepincangannya. Namun, di sebalik kepincangan itu ada sesuatu yg saya dpt kutip selama bermukim di situ. Cuma rasa saya kalau ada kekuatan teruskan perjuangan. Semasa saya mewkafkan diri mendidik para hafiz dulu pun generasi kami telah "berjaya " melakukan pembaharuan sehingga adanya SMU SPM.slps itu trio kami semua berhijrah.ust burhan ke umk ustaz amin ke mrsm ust samad ke um.yg tinggal hanya us rifqi. Tp daku tak mampu bertahan. Generasi slps kami semuanya muqallidin.tak mampu menegur kerana kekeringan hujah. Mmg benar dia ego tp jika pandaiberhujah dia pasti tewas. Ismah ada kepakaran itu.

    ReplyDelete
  5. Saya tidak pernah menyesal berada di situ. bersama pelajar2 yang saya kira jauh lebih mulia daripada saya membuatkan saya sentiasa ingin memperbaiki diri. bahkan, saya amat bersyukur, Allah memilih saya untuk berada di situ.

    buat abangku, ustaz rifqi, saya berbangga dengan anda kerana mampu bertahan dan terus berusaha menasihatinya, sedangkan sahabat2 anda yang pernah bekerja dengannya terus membiarkan yang pincang terus pincang. syabas dan tahniah buat anda. jika bukan kita, siapa? jika bukan sekarang, bila? jika bukan di situ, dimana? gunakanlah sebaik mungkin peluang yang Allah berikan. bukan untuk kepentingan kita tetapi untuk kepentingan ISLAM.. semoga Allah melindungi saya daripada melampaui batas dalam perselisihan..wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, adik2 saya punya jiwa dan rasa yang terpuji. Tetapi saya tidak sekuat itu untuk kembali berhadapan dengannya. Bagi saya, cukuplah sekali. Dia tidak layak untuk saya hampiri. Bukan kerana saya lebih mulia daripadanya, tetapi dia yang merendahkan martabatnya sendiri di hadapan mata saya.

    Sekiranya adik2 saya mampu bekerjasama dengan orang ini, teruskanlah. Saya doakan agar Allah memudahkan urusan kalian. Cuma berhati-hatilah. Saya nampak nilai2 kelicikan ada padanya. Jangan sampai kita yang rebah.

    Benar, berjuang itu payah. Kerana itu bijaksana dan hikmah itu sangat perlu. Kemudilah dirimu adik2 ku, dengan kekuatan hati dan keimanan yang tebal. Saya hanya mampu mengirim doa. Saya tidak punya kekuatan seperti kalian. Maafkanlah!

    ReplyDelete