2017 - tahun keempat puluh lima saya menghuni dunia - berakhir hari ini. Esok, menjelmalah 2018 yang masih misteri tetapi penuh dengan pengharapan. Pengharapan yang indah-indah tentunya. Agar warna dunia kembali ceria.
Bermula 2017 dengan kehadiran Huda Hana, si kembar comel anugerah terindah buat Ismah dan Ridhwan.
|
Huda Hana pada 3 Januari 2017 |
|
Huda Hana pada 21 Disember 2017 |
Pahit manis 2017 berterusan dan kami menempuhnya dengan kuat dan tabah, dengan hati penuh redha.
Pada 20 Februari 2017, sepupu kami Rosdi b Lodin meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Panji.
Kami juga kehilangan bapa saudara yang amat dikasihi, Dr Jusoh Kadir yang meninggal di rumahnya di Kajang pada 18 Mac 2017. Semoga Allah merahmati roh mereka berdua.
Pada 8 November 2017, saya diwadkan selama tiga malam kerana hempedu bengkak. Alhamdulillah tiada apa-apa yang membimbangkan dan saya kembali pulih selepas diberi antibiotik.
|
Di wad kecemasan |
|
Suami setia menemani di wad 3 Utara katil 4 |
Pada tahun ini juga, saya ke luar negara sebanyak tiga kali. Dua kali ke Thailand dan sekali ke Arab Saudi.
|
Menaiki bot di Krabi, 30 Januari 2017 |
|
Di rumah Ayah Mat di Kampung tualang, 15 April 2017 |
|
Menunaikan umrah dari 4 hingga 14 Disember 2017 |
|
Sempat bertemu Ustaz Rifqi, Zahidah, Amin dan keluarga di Masjid Nabawi pada pagi 7 Disember 2017 |
Percutian dalam negara juga tidak terkecuali. Bersama teman-teman sekerja juga keluarga.
|
Di Villa Daniella, bersama rakan guru berkursus dan bersantai-santai, 4-5 Ogos 2017 |
|
Di Cameron Highland, 13-14 Oktober 2017 |
|
Bercuti bersama suami tersayang di Terengganu, 15 September 2017 |
Begitu catatan hidup. Semoga dalam redha Allah selalu.
No comments:
Post a Comment