Saya bukan anti poligami. Sebagai Muslim, saya amat sedar terlalu banyak kebaikan dan hikmah dalam poligami, kerana itu Islam mengharuskannya. Malah saya sendiri bersedia, insyaallah zahir dan batin.
Pun, pada pandangan saya, sangat-sangatlah tidak sesuai untuk menjadikan poligami ini satu perjuangan. Sangat-sangatlah tidak molek untuk menyeru kepada lelaki-lelaki (yang layak) agar berpoligami. Seruan ini sesungguhnya tidak selaras dengan suasana, bahkan tidak pernah diajar Rasulullah.
Benar, poligami itu sunnah, namun ia bukan keutamaan. Islam mengajar kita mengutamakan yang utama, yang wajib. Poligami itu bukannya wajib. Ia dibolehkan untuk menyelesaikan masalah jika timbul. Dan ia tidak sesuai langsung untuk dijadikan bahan perjuangan.
Sekali lagi, saya tegaskan saya bukan anti poligami. Jika saudara-saudara saya berminat untuk berpoligami, silakanlah. Saya sendiri pernah menyuara hasrat pada suami agar berpoligami tetapi dia diam sahaja. Dan sekadar itulah. Perlukah saya berjuang bermati-matian meminta suami saya berpoligami sedangkan dia sendiri tidak mahu? Wajarkah?
Lihatlah sekeliling kita. Betapa ramainya lelaki-lelaki yang layak dan berkeupayaan untuk berpoligami tetapi memilih untuk memiliki seorang isteri sahaja. Dia bahagia dengan satu isteri, biarkanlah. Tidak perlu dia 'digoda' untuk bernikah lagi. Jika pun dia mahu bernikah lagi, biarlah itu pilihannya sendiri, lahir dari perasaannya sendiri, bukan kerana ada desakan suara-suara luar yang memperjuang poligami. Oh! Sungguh tidak molek!
Kata mereka, bantulah anak-anak gadis yang perlukan kehidupan berumahtangga. Mereka juga ingin mengecap kebahagiaan berkeluarga. Aduhai, kenapa alasan begini ditimbulkan? Apakah lelaki ini spesies yang sedang memupus pada masa kini? Jika inilah rasionalnya, maka kita perlu juga untuk mengasihani lelaki-lelaki bujang di luar sana. Mereka tidak boleh menikahi isteri orang! Jika anak dara semua memilih suami orang, apa akan jadi pada lelaki-lelaki bujang yang sedang mencari pasangan hidup itu? Sesungguhnya, alasan yang tidak rasional sebegini wajarlah ditolak mentah-mentah.
Kesimpulannya, berpoligamilah bagi yang mahu berpoligami. Bagi yang tidak mahu, tidak mengapa. Ia bukan suatu dosa. Kita lebih mengenali diri kita sendiri. Bagi wanita, lebih baik bersedia. Jika suami anda mahu berpoligami, jangan dihalang. Bagi lelaki, pilihan di tangan anda. Jika anda rasa layak, teruskan. Tetapi ingat, adil itu sangat payah. Berhati-hatilah.
Wallahua'lam.
Pun, pada pandangan saya, sangat-sangatlah tidak sesuai untuk menjadikan poligami ini satu perjuangan. Sangat-sangatlah tidak molek untuk menyeru kepada lelaki-lelaki (yang layak) agar berpoligami. Seruan ini sesungguhnya tidak selaras dengan suasana, bahkan tidak pernah diajar Rasulullah.
Benar, poligami itu sunnah, namun ia bukan keutamaan. Islam mengajar kita mengutamakan yang utama, yang wajib. Poligami itu bukannya wajib. Ia dibolehkan untuk menyelesaikan masalah jika timbul. Dan ia tidak sesuai langsung untuk dijadikan bahan perjuangan.
Sekali lagi, saya tegaskan saya bukan anti poligami. Jika saudara-saudara saya berminat untuk berpoligami, silakanlah. Saya sendiri pernah menyuara hasrat pada suami agar berpoligami tetapi dia diam sahaja. Dan sekadar itulah. Perlukah saya berjuang bermati-matian meminta suami saya berpoligami sedangkan dia sendiri tidak mahu? Wajarkah?
Lihatlah sekeliling kita. Betapa ramainya lelaki-lelaki yang layak dan berkeupayaan untuk berpoligami tetapi memilih untuk memiliki seorang isteri sahaja. Dia bahagia dengan satu isteri, biarkanlah. Tidak perlu dia 'digoda' untuk bernikah lagi. Jika pun dia mahu bernikah lagi, biarlah itu pilihannya sendiri, lahir dari perasaannya sendiri, bukan kerana ada desakan suara-suara luar yang memperjuang poligami. Oh! Sungguh tidak molek!
Kata mereka, bantulah anak-anak gadis yang perlukan kehidupan berumahtangga. Mereka juga ingin mengecap kebahagiaan berkeluarga. Aduhai, kenapa alasan begini ditimbulkan? Apakah lelaki ini spesies yang sedang memupus pada masa kini? Jika inilah rasionalnya, maka kita perlu juga untuk mengasihani lelaki-lelaki bujang di luar sana. Mereka tidak boleh menikahi isteri orang! Jika anak dara semua memilih suami orang, apa akan jadi pada lelaki-lelaki bujang yang sedang mencari pasangan hidup itu? Sesungguhnya, alasan yang tidak rasional sebegini wajarlah ditolak mentah-mentah.
Kesimpulannya, berpoligamilah bagi yang mahu berpoligami. Bagi yang tidak mahu, tidak mengapa. Ia bukan suatu dosa. Kita lebih mengenali diri kita sendiri. Bagi wanita, lebih baik bersedia. Jika suami anda mahu berpoligami, jangan dihalang. Bagi lelaki, pilihan di tangan anda. Jika anda rasa layak, teruskan. Tetapi ingat, adil itu sangat payah. Berhati-hatilah.
Wallahua'lam.
It is just a matter of interpreting what polygamy is all about. The society seems to be carried away with the Malay interpretation of polygamy. Negative.
ReplyDeleteOf course polygamy is not for everybody. Nobody agrees polygamy for all.
Orang yg menjadikan poligami sebagai perjuangan bukanlah mahu menyuruh semua lelaki tanpa berkecuali supaya berpoligami.
Cuma mahu membetulkan sedikit pemahaman orang Melayu bahawa poligami itu bukanlah sesuatu yg negatif. Malah mulia.
Memang adil itu payah,dan menjadi syarat untuk bernikah ialah adil, walaupun monogami.
Begitu juga apabila hendak mengkaji tentang poligami, hendaklah juga adil. No self interest. Bukan sebab kita nk kahwin dgn suami org,maka bersungguh2 la perjuang poligami, atau sebaliknya.
Apapun perkongsian yg menarik.
Saya baru terbaca sesuatu, ini.
Maksud: Dari Sa`id bin Jubayr, dia telah berkata: Telah berkata kepada aku Ibnu `Abbas, "Adakah kamu telah berkahwin?" Aku berkata: "Tidak". Dia berkata: "Maka kahwinlah kerana sesungguhnya sebaik-baik ummat ini adalah yang paling ramai isterinya" [Sahih Bukhari / 4782]
Peace ;)
But still, poligami bukan untuk diperjuangkan. Rasulullah s.a.w, walaupun baginda berpoligami tetapi tidak pernah bertanya sahabat-sahabatnya, "sudahkah kalian berpoligami sepertiku?" kerana baginda tahu banyak lagi perkara yang lebih aula untuk didahulukan, untuk diperjuangkan.
ReplyDeleteMaksud saya di sini ialah, jangan menentang poligami kerana ia satu keharusan yang membawa banyak kesan positif, tetapi jangan pula poligami diperjuangkan kerana ia hanyalah satu pilihan. Anda faham, bukan?
Dr. Danial sendiri, walaupun beliau berpoligami tetap tidak mahu mengajak orang lain berpoligami sepertinya kerana beliau sangat-sangat jelas tentang kedudukan poligami di dalam Islam.
Dan saya, tiada apa-apa self interest dalam hal ini. Sekadar berasa terpanggil menyuara persepsi yang ada dalam diri.
Wallahu a'lam...
Wah nampaknya tuan penulis tegas di situ. Membuatkan sy takut utk terus memberi hujah. Apapun, sy memang setuju dgn anda dan Dr Danial.
ReplyDeleteSekali lg, bukan mahu berkempen supaya marilah berpoligami ramai2, tp supaya TIDAK ADA pandangan skeptik kpd pengamal poligami yg baik. Sbb sering saja mendengar 'lelaki yg baik ni,dia x poligami.' 'kalau dah bini pun 4,mesti ada yg x kena tu..'
Satu lg, sy masih tidak nampak di mana salahnya jika menyebarkan (baca memperjuangkan)keindahan hukum yg halal dlm Islam. Ya, walaupun ia cuma satu pilihan. Perjuangkanlah ia sbg satu pilihan. Contoh,lelaki yg berkelayakan digalakkan supaya MEMILIH poligami. Heheeh..
Sebelum ada yg berkata org yg belum berkahwin x boleh bercakap ttg nikah,maka saya kongsikan,Imam Nawawi tak pernah pun kahwin tapi menulis satu bab tentang itu.
Ramai sekali prof di Univ. yg boleh mengajar tentang perniagaan/corporation besar2 tapi tak pernah pun menceburi bidang itu.
Einstein tidak pernah bergerak lebih laju dari cahaya tetapi dia mampu memikirkan teori relativiti.
Akihrnya, Allah lebih mengetahui.
Maaf Dikdah, saya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan anda....:-)
ReplyDeleteDikdah, jika bertujuan untuk menghapuskan pandangan negatif masyarakat kita terhadap poligami, itu tidak mengapa. Seperti yang saya katakan, poligami ini baik, banyak hikmahnya kerana itu Islam membenarkan.Perjuangkan supaya tiada lagi dialog2 negatif seperti yg Dikdah nyatakan itu tidak mengapa. Saya menyokong perjuangan sedemikian, supaya masyarakat kita tidak memandang serong kepada poligami dan orang yang berpoligami. Teruskan berjuang begitu.
Tetapi setakat itu sudahlah. Perjuangkan supaya ia menjadi suatu pilihan bagi lelaki-lelaki yang layak, tetap tidak sesuai. Lelaki-lelaki yang layak ini, mereka sebenarnya sudah terlalu tahu dan sedar kelayakan mereka tetapi mereka selesa dengan satu isteri. Biarkanlah. Tiada kepentingan untuk memujuk mereka mengubah fikiran. Janganlah sampai ke tahap itu ya, Dikdah! Kecuali jika isteri mereka sendiri yang menyarankan supaya suaminya berkahwin lagi, itu lain cerita. Isteri sendiri tidak mengapa, orang lain tidak boleh!!
(Jadi, rahsianya di sini, jika seseorang gadis itu berkenan pada suami orang, sila dekati isterinya... hehehe!!)
Jangan bimbang, saya bukan penganalisis yang berat sebelah. Walaupun hobi saya menganalisis, saya tidak pernah menimbulkan isu seperti yang Dikdah sebut itu (orang belum kahwin tidak layak bercakap pasal kahwin). Saya ini open minded... hihihi!!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHahaha..best baca awak berdua komen..nampak mcm dua2 taknak mengalah..bagus2..teruskan..hahaha..
ReplyDeleteDah, kalau awak nak tahu, saya dah ckp pasal ni ng k.ti jumaat lepas..tapi ternyata saya tewas, kerana hujah saya tak sehebat awak...
Dik Mah, anda bukan tewas. Cuma saya yang menang... hehehe!!!
ReplyDeleteHahah..saya memang suka mengomen2 ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah,saya mendapat sokongan untuk memperjuangkan supaya tiada lagi pandangan negatif terhadap poligami.
Biasanya,lelaki yang layak tetapi tidak memilih poligami bukan kerana tidak mampu beristeri lebih, atau selesa dengan seorang, tetapi tidak mampu untuk menanggung pandangan negatif masyarakat terhadap mereka apabila berpoligami nanti. (mengikut kajian hati dan minda saya..;))
Jadi, apabila saya berjuang untuk membuang pandangan negatif itu, saya telah membuang penghalang di jalan mereka untuk menuju poligami..;)
Poligami sebenarnya bukan satu isu kecil. Sebab ia menjadi senjata non Muslim untuk menyerang Islam. Bahkan ada ulamak yang mengatakan hukum asal nikah ialah poligami. Sesiapa yang tak mampu maka pilih monogami. Bukannya hukum asal ialah monogami, sesiapa yang ada masalah baru memilih poligami. Maknanya, ada ulama kata monogami ialah sebuah pilihan. Bukan poligami.
Tetapi hanya minoriti ulama la. Pun, ia tetap menjadi senjata untuk menyerang Islam jika hal poligami tidak dibereskan dengan menunjukkan keindahan2 poligami.
These are all my only 2cents...saja nak berbalas2 pendapat. Itu kan hobi kita. hihih..
Biasalah tu dik. Khilaf bukan dalam bab ni saja. Semua bab pun ada. Jika anda memilih pandangan minoriti, biar saya memilih pandangan majoriti... hehe!!
ReplyDeleteKajian hati dan minda awak ada betulnya. Tetapi rasa saya, jika pun minda masyarakat disedarkan tentang positifnya poligami, kaum lelaki yang layak ini masih lagi enggan berpoligami kerana memikirkan banyak perkara. Nyatanya, bukan pandangan masyarakat sahaja yg menghalang tetapi juga sisi2 lain yg menjadikan mereka tidak meletakkan poligami sebagai satu kepentingan.
Pada saya, kepada yg ingin berpoligami, biarlah niat berpoligami itu suci. Saya kasihan melihat ibu2 tunggal yg punya ramai anak, hidup tertekan, tetapi golongan yg layak enggan memperisterikan mereka. Asyik2 cari anak dara yg bergetah untuk dinikahi sebagai isteri kedua. Sampai bila2 pun ibu2 tunggal ini tidak akan terbela!!
My 1 cent....
Baiklah kak. Anda sememangnya benar. Walaupun, kita berbeza.
ReplyDeleteMengatakan poligami tidak boleh diperjuangkan kerana lebih banyak perkara yang lebih aula perlu didahulukan, masih agak berat untuk saya terima.
Kerana Islam itu diambil secara keseluruhan. Jika ada yang melihat poligami sebagai medan mereka untuk menyebarkan Islam sekaligus memperjuangkan, maka mengapa tidak?
Saya juga boleh mengatakan orang yang menjadikan penulisan sebagai perjuangan juga perlu ditentang. Terutama sastera. Lebih banyak lagi perkara yang penting perlu dibuat, dari menulis ayat-ayat sastera yang hanya sekerat mereka yang reti menilainya. Tambahan sekarang, zaman IT dan maya. Siapa lagi yang mahu menelitinya?
Juga, mereka yang berjuang dalam politik sekalipun. Masih boleh dikatakan tidak aula. Berbalah berebut kerusi, sedangkan gerakan Kristian giat mengkristiankan orang.
Jadi, perjuangan apa pun pada saya, sentiasa ada jalan untuk dikatakan kecil. Kerana Islam meliputi banyak perkara, jadi siapalah yang mampu memperjuangkan semua sekaligus? Kerana kelemahan manusia, apa salahnya kita membahagikan tugas.
Dr Danial medannya itu. Dr Zakir Naik medannya berhujah dgn non muslim. Ust Syarhan medannya merawat jin (eh silap,merawat mereka yang sakit terkena rasukan). Tok Guru medannya politik. Drmaza medannya terangkan bid'ah (eh bukan, terangkan Islam kpd profesional liberal) =)
Bak kata UZAR, masing2 sering melihat perjuangan org lain kecil,padahal kita semua saling melengkapi.
Jadi, marilah kita berdamai dengan kekhilafan. Sesungguhnya saya gemar sekali mereka yang berbeza. Kerana itu memperlihat warna.
Wahai adindaku yg bijak bestari.
ReplyDeleteSastera itu wadah. Berjuang menegakkan Islam melalui penulisan sastera itu tiada silapnya. Mereka yang bijak bersastera, tidak pernah mengajak orang lain bersastera sepertinya tetapi menyalurkan dakwah melalui sastera itu. Orang yang tidak minat sastera tidak pernah diminta untuk bersastera. Teruskan menjadi doktor, arkitek atau guru. Tak perlu tukar profesion. Biar golongan sasterawan bersastera dan menyalurkan mesej Islamik melaluinya. Orang lain boleh saja mahu membaca atau tidak.
Berjuang menegakkan Islam melalui poligami pun begitulah. Mereka yg sudah berpoligami boleh saja berjuang menegakkan Islam melalui poligami. Tak perlu mengajak orang lain berpoligami seperti mereka untuk berjuang menegakkan Islam. Sekali lagi, poligami hanya pilihan. Bukan satu keutamaan.
Benar kita berbeza di sini, tetapi jauh di sudut hati saya, saya tahu anda memahami apa yang saya maksudkan. Saya hormati pendirian anda jika masih ingin terus berjuang memartabatkan poligami di mata masyarakat. Cuma jangan sampai anda terlalu mengisukan poligami, sedangkan masyarakat kita belum tenat untuk dipoligamikan.
Saya sahut seruan damai anda. Peace!!
Cuma satu perkara sahaja kali ini. Kenapa kakanda benar2 tidak mahu masyarakat mengamalkan poligami sekalipun untuk lelaki yang layak? Buruk benarkah hukum Allah ini hingga seolah2 makruh kelihatannya?
ReplyDeleteOh, nampaknya tidak boleh satu. Ada juga yang mahu saya tambah. Sasterawan memang tidak memaksa doktor berseni. Tetapi mengajarnya selok belok seni adalah berpahala saya kira. Apatah lagi jika sang doktor punya minat terhadap seni. Dan doktor, sesekali janganlah berkata perjuangan sastera itu tidak penting hanya kerana masyarakat kita belum tenat untuk disasterakan.
Ya,kita berbeza. Saya juga serupa menghormati kanda yang tidak menggalakkan lelaki yang layak berpoligami. Berbeza hanya di minda, di hati tetap setara cintanya.
Dik, jangan salah faham. Kanda bukan tidak mahu masyarakat mengamalkan poligami. Kanda ok sahaja. Kalau masyarakat mahu berpoligami, teruskan, amalkan. Ia tidak buruk. Ia sangat mulia jika diiring dengan niat yang suci. Cuma, kanda tak berapa setuju dengan "perjuangan poligami". Seolah-olah, buruk benar monogami itu! Seolah-olah, tiada kebaikan dalam monogami itu. Mengapa mesti begitu? Mereka yang memilih monogami, biarkanlah. Itu pilihan mereka. Masing2 ada pandangan dan jangan dipaksa lelaki yang layak berpoligami.
ReplyDeleteDik, monogami atau poligami hanya pilihan. Kedua-duanya Allah redha. Tidak perlu menjadikan ia perjuangan. Bagi lelaki, pilihlah. Bagi wanita, bersedialah. Semudah itu.
Yang penting, yang perlu diperjuangkan ialah bagaimana menjadikan rumahtangga itu umpama syurga, tidak kiralah monogami atau poligami.
Hmm.. panjang berjela juga isu ini. Pun cinta kanda pada adinda tetap mekar mewangi. Rindu nak berjumpa dinda, mungkin perbahasan bakal menjadi lebih meriah di rumah nanti... hehehe!!
Miss u much!