"Penat saya tengok Kak Ti buat kerja ni...", Laili sahabat di sekolah saya menyuara rasa tatkala melihat saya memantau guru-guru SMKKC memasukkan markah peperiksaan online (SAPS) di laptop saya. Saya ke sana ke mari, membantu mereka sewaktu luang, dan berkejar ke kelas apabila tiba masanya.
Sungguhlah. Minggu ini saya tercabar. Tugas mengisi markah SAPS sepatutnya beres kelmarin tetapi seperti selalu, berurusan dengan manusia ini tidak mudah. Apatah lagi hamba Allah seperti saya ini hanya pandai mengunci mulut, pada saat kerja semakin menimbun. Entah di mana silapnya.
Bukan saya salahkan guru semata. Saya tahu mereka punya kekangan masa dan kemudahan. Bukan seperti saya yang berinternet hampir 20 jam sehari! Ramai yang tiada talian internet di rumah. Malah yang lebih teruk, laptop pun tidak punya. Tak mengapalah. Itu pilihan masing-masing untuk hidup terkebelakang.
Yang saya geram, sekolah saya pun sama juga terkebelakang. Talian internet sekejap ada, berbulan-bulan tak ada. Seminggu ok, tiga bulan ko. Aduh..! Saya tahulah saya ini berada di kampung, tetapi di Ulu Kelantan nun pun ada talian internet di sekolah mereka. Sengsaranya jiwa apabila deadline menghampiri, tetapi lebih separuh yang belum mengisi.
Mujur saya ini tidak buntu. Sejak semalam, saya letakkan laptop dan broadband saya di tempat public di bilik guru, dan mengumumkan sesiapa yang belum mengisi markah SAPS, silalah ke mari. Tiada bayaran dikenakan. Percuma saja.
Alhamdulillah, akal saya menjadi. Hari ini, semuanya selesai. Nampaknya, sebagai SU Peperiksaan sekolah, saya kena juga memegang jawatan Pegawai Kebajikan Guru bahagian internet. Kalau tidak, kerja saya pasti tidak selesai-selesai lagi!

Apa nak buat, mereka yg memilih utk tidak mahu maju.
ReplyDeleteNasib baik ada idea yg bijak dari SU Peperiksaan. =)
Begitulah hidup saya kat sini dik, kena sentiasa ada idea.. kalau tidak kerja susah nak selesai.
ReplyDeleteTak sabar tunggu awak balik... rindulah!