Siapalah kita untuk menolak suratan? Hakikat sebuah kehidupan, ada suka ada duka. Apabila diri diuji dengan sedikit kesukaran, tentu ada sejuta hikmah yang kita tidak sedari di sebaliknya. Maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.
Kasihan suami saya. Januari lalu dia dikesan mengidap hipertiroidisme. Setelah mengambil ubat-ubatan yang diberi doktor, kesihatannya kembali pulih dan dia kelihatan ceria kembali. Tetapi tidak lama, dia kemudian mengadu sering kembung perut. Doktor kata gastrik, tetapi lepas makan ubat gastrik masih tidak berubah. Masih seperti itu juga. Doktor pula, entah kerana malas atau penat melayan pesakit (maklumlah hospital kerajaan!), tidak mahu melakukan ujian ultrasound untuk mengesan penyakit lain, sebaliknya hanya menukar ubat kepada ubat gastrik yang lebih kuat.
Suami saya tidak puas hati. Sakitnya tidak juga berkurang. Akhirnya dia ke hospital swasta dan melakukan ujian ultrasound di sana. Kali ini doktor mengesan batu di dalam hempedunya sebesar 8.8 mm.
Kami pasrah menerima kenyataan. Minggu hadapan suami saya akan ke hospital kerajaan membawa keputusan ultrasound dari hospital swasta itu untuk rawatan selanjutnya. Semoga doktor di hospital kerajaan tidak bertangguh lagi dan memberi rawatan yang sewajarnya kepada suami saya.
Alhamdulillah, suami saya menerima kenyataan ini dengan positif. Saya meminta agar dia tidak tertekan kerana setiap penyakit ada ubatnya. Insyaallah, satu hari dia akan sembuh juga. Pun, sekarang dia menderita lagi. Sebiji bisul pula tumbuh di pahanya. Agak besar dan menyukarkan pergerakannya. Aduhai! Apa nak buat, redha sahajalah… Semoga dengan kesakitan dan kesukaran ini, gugurlah dosa-dosa yang ada padanya, amin!
Sejak 14 tahun hidup di sisinya, baru kali inilah saya lihat dia dalam situasi yang agak menekan. Simpati dan kasihan padanya membuak-buak. Ada waktunya, saat melihat wajahnya ketika dia tidur, air mata saya mengalir sayu. Tabah juga suami saya ini, menempuh dugaan bersilih ganti. Semoga Allah mengampuninya dan menyembuhkan sakitnya ini…
Sabarlah suamiku!

Redha dengan segala dugaan/penyakit yang menimpa, insyaAllah ganjaran menanti kita. Bersyukur dengan apa yang diberikan kerana ada insan yang lain yang diduga oleh Allah dengan lebih ujian yang lebih hebat. Banyakkan bersabar dan selalu panjatkan doa untuk keadaan yang lebih baik bagi kita semua.
ReplyDeleteterima kasih..
ReplyDelete