
Namun sebagai wanita, saya tidak boleh lari daripada memasak. Tugas isteri sangat sinonim dengan dapur dan meja makan. Suka atau tidak, memasak menjadi kewajipan. Pergilah ke ceruk dunia mana pun, wanita yang bergelar isteri ditugaskan untuk memasak. Kecuali jika suaminya mampu menyediakan seorang pembantu rumah a.k.a bibik, atau suaminya seorang chef yang sentiasa mahu menunjuk kebolehan di rumah.
Jadinya, memasaklah saya setiap hari. Jemu, tapi saya tidak boleh mengelak. Ada kalanya buntu, tetapi saya terpaksa juga memerah otak mencari idea. Sering juga masakan saya tidak sedap dan tidak menjadi seperti yang dikehendaki, maka saya terpaksa menahan telinga mendengar ulasan selari si tukang makan. Memang hati tersentuh, kadangkala rasa nak menangis. Yalah, penat-penat kita berusaha, berpeluh-peluh di dapur, manalah kita tahu masakan tu nak jadi tak sedap. Alih-alih si tukang makan mengomen sesuka hati!

Kalaulah saya dibenarkan menggaji tukang masak, alangkah seronoknya!
No comments:
Post a Comment