"Cikgu, Jumaat ni ada kelas tambahan tak?"
Setiap hujung minggu kami jadualkan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi. Selalunya pagi Jumaat menjadi ruang untuk subjek saya, Matematik Tambahan.
"Tak ada kot. Puasa-puasa ni, duk rumah mengaji Quran lah!" Jawab saya tanpa merujuk siapa-siapa. Ya lah, tiga minggu sahaja pun persekolahan dalam bulan Ramadan ini. Tidak salah kalau kelas ini ditangguhkan.
Itu kata saya. Sangka saya semua pun berfikir seperti saya.
Tengah hari itu, saya menerima pesanan WhatsApp daripada seorang lagi guru Matematik Tambahan memaklumkan kelas akan berjalan seperti biasa pada Jumaat, selama empat jam dari lapan hingga dua belas.
Empat jam!
Bukankah ini bulan puasa? Suka atau tidak - tanpa berniat mahu menyalahkan bulan mulia ini - kenyataannya empat jam itu sangat lama. Optimumnya di mana?
Guru itu sudi untuk mengendalikan kelas itu seorang diri tanpa meminta kehadiran saya. Saya berterima kasih padanya.
Ya, dia sangat rajin. Tetapi pada saya biarlah kerajinan itu berpijak di bumi nyata. Entah kenapa saya sedikit tidak menyetujui keputusannya. Rasionalnya bagai diketepi.
Kadang-kadang kerajinan kita keterlaluan sehingga tidak langsung mahu memberi ruang kepada pelajar mencari diri sendiri.
Sent from Samsung Mobile
No comments:
Post a Comment