Tak tahu nak cerita apa, tetapi hati ingin bercerita. Seperti ada rasa yang terbuku tetapi tidak mampu terluah. Kenapa sebegitu? Saya sendiri tidak tahu....
Hari ini, saya berada di rumah keluarga saya. Suami saya berpergian sehari atas urusan diri sendiri. Sudah lama saya maklum tentang rancangannya dan sangat-sangat merestui. Seakan tidak sabar pula saya untuk berada di rumah keluarga saya kerana jarang benar peluang begini saya peroleh. Namun rasa ini, berbeza sekali.
Emak mengikut Rifqi ke Selatan Thailand atas urusan ceramah dan forum. Besok baru pulang. Di rumah ini yang ada Kak Ha dan anak-anak. Sebentar tadi Aziah dan Muiz datang, tetapi sekejap benar. Ismah pula kerja, jam 5.30 petang baru pulang.
Saya rasa sunyi. Riuh rendah anak-anak ini menonton kartun seharian tidak mampu menghilang sunyi di hati. Saya bergelak ketawa bersama mereka. Berbual, berteka-teki, menyakat dan macam-macam lagi. Ya, saya terhibur tetapi dalam hati masih sunyi...
Sunyi yang bagaimana?
Saya tidak tahu. Sunyi ini menghadirkan rasa sayu yang aneh. Ada rasa seperti ingin menangis, tanpa apa-apa sebab. Rindu pada suamikah? Baru tadi saya menulis mesej untuknya, dan dia membalas dengan panggilan. Dia ceria, dan saya tahu suara saya juga ceria pada pendengarannya. Tapi mengapa sayu ini enggan pergi?
Rindu pada emakkah? Baru tadi saya bersalam mencium tangan dan memeluknya sebelum dia turun bersama-sama Rifqi. Besok dia pulang. Tak mungkin tempoh sesingkat ini mengundang rindu yang seaneh ini!
Afnan di sisi saya ini sedang demam. Sudah dua kali dia muntah hari ini. Melihat wajahnya, saya bagai ingin menangis. Pada hal, demam seorang kanak-kanak pada usianya itu sangat biasa tetapi saya rasa sayu sangat.
Aduhai hati, cerita apakah yang engkau bawa ini?
aik k.ti,baru sehari kena tinggal ke ma, takkan rasa sunyi doh..bertahun2 ma kena tinggal ke anak2 dia.hari2 pulak tu.tapi 'tak rasa sunyi' pown..hihihihi
ReplyDeleteCik mah ni, bukan sebab kena tinggal ke ma lah, ada sebab lain yang saya sendiri pun tak tau.... huhuhu!!!
ReplyDelete