Sunday, May 13, 2012

Wahai Cinta!

Salahkah jika saya rasa kurang enak membaca catatan-catatan berbau cinta di laman sosial? Sudahnya, saya menyahaktifkan akaun saya hanya kerana jemu dan muak dengan pelbagai status dan perkongsian tentang cinta. Pada saya, ia tidak langsung membina.

Yang biasa-biasa, menulis rasa hati tentang bahagianya dia bertemankan buah hatinya. Yang sedikit beriman, menulis tentang rindu-rinduan pada insan yang dikagumi tetapi tidak pernah ber'dating'. Yang lebih tinggi imannya pula, menulis tentang doanya dan aduannya pada Allah tentang rasa cinta dan rindu pada si kekasih idaman.

Kata kuncinya tetap cinta! Cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang sememangnya sangat memualkan saya.

Untung, zaman remaja saya dahulu belum ada facebook dan kemualan inni tidak dirasa oleh orang-orang yang lebih tua. Jika ada rasa yang mengganggu, kami simpan dalam hati atau mencatat dalam diari. Mual atau tidak, hanya kami yang tahu. Kini rasa yang begitu peribadi itu dikongsi meluas dan golongan veteran seperti saya menjadi sangat menyampah. Kadang-kadang, terdetik dalam hati, "mereka ini tidak mahu memikirkan perkara lainkah selain cinta dan rindu?"

Memang perasaan sebegitu adalah lumrah dan fitrah bagi anak-anak remaja tetapi tidak perlulah diletakkan di atas hingga kami rasa jemu menatapnya. Memang facebook anda milik anda, boleh tulis apa sahaja yang dalam fikiran anda tetapi apa yang anda tulis sememangnya mencerminkan keutamaan anda.

Saya 'jealous'? Mungkin...!




No comments:

Post a Comment