Kadangkala kita lupa, hidup ini tidak pernah menjanjikan perjalanan yang sama buat semua orang. Ada yang mudah, ramai juga yang payah. Liku yang berbeza dilalui, kerana Allah mahu hamba-Nya mampu berfikir. Namun, ada ketikanya saya tergelincir juga.
Jam 10.40 pagi, saya melangkah ke kelas tercorot tingkatan lima. Kelas ini terdiri daripada dua puluh orang pelajar yang kesemuanya lelaki. Setiap hari, akan ada seorang dua pelajar yang tidak hadir, tetapi yang seorang ini, belum pernah saya kenal kerana sejak awal tahun lagi dia belum hadir.
Seperti biasa, saya gemar memanggil nama pelajar seorang demi seorang kerana ingin cepat mengingati nama dan wajah mereka.
"Muslim mana?"
Seperti biasa, saya gemar memanggil nama pelajar seorang demi seorang kerana ingin cepat mengingati nama dan wajah mereka.
"Muslim mana?"
Seorang pelajar lelaki bertubuh sedikit gempal, berkulit agak cerah mengangkat tangan.
"Eh, ada pulak awak. Hari ini baru saya nampak. Kenapa lama tak datang? Periksa tahun lepas pun tak masuk, kan?"
"Saya demam, cikgu"
"Lamanya demam. Orang baru lepas demam selalunya kurus. Awak ni elok aje. Ya ke demam?"
Dia diam.
"Saya ingat nak potong dah nama awak dalam senarai ini. Sebenarnya, awak nak sekolah ke tak nak?"
"Naklah cikgu..."
"Kalau nak, jangan ponteng lagi." Dengan wajah garang, saya memberi amaran.
Dia berpindah dari tempat duduknya di belakang ke meja hadapan. Dia mengeluarkan buku dan alat tulis, bersedia untuk belajar.
Saya mula menulis di hadapan.
Tiba-tiba dia bersuara.
"Sebenarnya, saya jaga mak saya kat hospital."
"Mak awak sakit apa?"
"Kencing manis."
Hati saya bagai disiat-siat. Rasa bersalah tiba-tiba menguasai.
"Dah lama?"
"Tahun lepas lagi. Ayah saya pun masuk wad juga."
"Ayah sakit apa?"
"Tak tahu."
"Doktor tak cakap?"
"Tak."
Kali ini saya rasa sangat sebak. Rupa-rupanya, tuntutan hidup menghalang dia dari datang ke sekolah. Apalah daya seorang anak mentah sepertinya selain menurut setiap liku perjalanan yang terhidang di hadapannya. Saya tidak mampu meneruskan perbualan, biar pun ada banyak lagi yang ingin saya tahu daripadanya.
Sepanjang lapan puluh minit kelas berlangsung, dia hanya duduk dan menulis setiap latihan yang saya beri di papan hitam. Tuturnya sedikit, walaupun kelasnya riuh rendah. Sesekali saya mendekatinya, tetapi kelu untuk bertanya.
Mungkin saya terlalu cepat membuat kesimpulan tentangnya. Apatah lagi kelas itu kelas tercorot, cepat sahaja saya memberi tanggapan negatif. Sedangkan hakikatnya, apa yang berlaku seringkali berbeza daripada apa yang kita fikirkan.
Doa saya, agar liku hidupnya mendewasakan dia dalam menempuh segala cabaran.

No comments:
Post a Comment