Hujan mencurah-curah menyambut kedatangan 2013 di tempat kami. Betapa sejuknya suasana, namun saya memaksa diri untuk tidak mengikut perasaan hati (nak sambung tidur..!) kerana hari ini, persekolahan hari pertama sesi 2013 bermula.
Saya tiba paling awal di sekolah. Jam 6.55 saya mencatat kedatangan di pejabat dan menuju ke bilik saya dengan perasaan dan semangat yang baru, yang membara-bara.
Kebiasaannya, hari pertama akan dimulai dengan perhimpunan tetapi entah mengapa hari ini tuan Pengetua mengarahkan pelajar berada di kelas seawal masa pertama dan guru kelas akan mengambil tanggungjawab.
Saya menuju ke kantin untuk sarapan.
Jam 8.20 pagi, saya ke kelas tingkatan 4 Ibnu Rushd untuk sesi pertama saya bersama-sama mereka. 31 orang pelajar menanti saya dengan setia. Perancangan saya, sekadar berkenalan dengan mereka sepintas lalu dan memberi sedikit penerangan tentang mata pelajaran Add Maths yang baru mereka kenali hari ini.
Belum pun lima belas minit bersama-sama mereka, saya menerima tetamu.
"Saya pemantau dari PPD."
Saya menyambut dengan senyuman. Seorang wanita manis berbaju kurung merah samar melangkah masuk dengan penuh keyakinan.Tanpa senyum, tanpa salam.
"Kelas cikgu bermula pukul berapa?"
"8.20 tadi."
"Sudah berlaku P&P?"
"Ya. Saya sedang memperkenalkan subjek Add Maths kepada mereka, menerangkan serba sedikit tajuk yang akan dipelajari."
"Mana buku teks pelajar-pelajar?" Tanyanya sambil melihat meja pelajar yang kosong.
"Ada yang belum dapat buku lagi."
Dia menyuakan soalan kepada pelajar pula. Respon pelajar, ada yang sudah ambil dan ada yang belum. Dia kelihatan kurang berpuas hati, lalu mencatat sesuatu.
"Boleh saya tengok buku rekod cikgu?"
"Oh! Saya belum mengambilnya di pejabat.." Jujur saya mengaku.
"Kenapa?"
"Saya tidak dapat hadir mesyuarat guru baru-baru ini kerana terlibat dengan pemeriksaan kertas Add Maths, jadi belum sempat mengambilnya lagi."
Dia sedikit cuak kelihatannya, lalu mencatat lagi.
"Hmm, tak apalah, saya keluar dulu." Dia meminta diri.
Perasaan saya berbaur. Di luar, Penolong Kanan Pentadbiran sedang menunggu untuk mengiringinya ke kelas lain pula.
Selesai pengajaran, saya bergegas ke pejabat untuk mengambil buku rekod pengajaran. Rupa-rupanya, selain saya ada berbelas-belas lagi guru yang dipantaunya yang tidak membawa buku rekod pada hari pertama pengajaran ini. Sungguh kasihan!
Lalu, apa sebenarnya yang mereka cari? Kesalahan gurukah?
Rasanya, begitulah. Rasionalnya langsung tiada. Hanya mahu menghadirkan kerja yang tiada hasil kepada kakitangan PPD pada hari pertama persekolahan ini.
Saya mahu ketawa dalam hati.

No comments:
Post a Comment