Tahun keenam belas.
Saya merasai satu keajaiban. Mampu bertahan hingga tahun keenam belas dengan seorang lelaki asing yang tidak pernah saya kenali sebelum ini. Menghadapi pelbagai rasa dalam jiwa, hanya berdua. Ia benar-benar ajaib, setidak-tidaknya bagi saya.
Bayangkan, sewaktu belajar di universiti dahulu, lelaki adalah makhluk yang paling ingin saya jauhi. Saya tidak pernah pandai untuk merapati mereka. Sifat malu dan pendiam saya sangat luar biasa hingga saya gagal mencari penawarnya. Bukan tiada yang mampu mengetuk pintu hati, tetapi saya tidak berani mencuba. Ya, saya sangat rendah diri. Saya melihat diri saya sangat serba kekurangan. Tiada yang istimewa.
Apabila jodoh saya tiba, saya dibaluti rasa khuatir. Akan bagaimanakah perjalanan rumah tangga saya?
Bagai baru sahaja segalanya terjadi, rupanya 2013 menjadi tahun yang keenam belas kami berbulan madu berdua. Syukur pada-Mu Tuhan, memberi damai dalam rumah tangga ini.
Pun, ini baru tahun keenam belas. Saya berdoa untuk damai dan bahagia terus utuh bertamu untuk tahun-tahun mendatang, hingga kami berhijrah ke alam abadi.
Amin.
No comments:
Post a Comment