Ini bukan promosi. Ini cuma satu perkongsian rasa yang lazat.
Istanbul Aku Datang telah membuatkan saya kembali menagih Maggi Asam Laksa. Percaya atau tidak, sudah lama saya melupakan kelazatan maggi ini dalam hidup saya, tanpa saya tahu mengapa. Setiap kali saya membeli belah, hanya maggi kari dan maggi ayam sahaja menjadi pilihan, tanpa saya tahu mengapa.
Tiba-tiba, selepas melihat Dian (Lisa Surihani) menikmati Maggi Asam Laksa yang dikebas dari dapur Harris (Beto Kusyairi) di apartmen mereka di Istanbul telah membangkitkan kembali selera saya. Setakat hari ini, sudah hampir sepuluh peket Maggi Asam Laksa telah selamat mendarat dalam diri saya dengan jayanya. Ya! Saya mampu menghabiskan sebungkus maggi ini dalam satu mangkuk tanpa sebarang perkongsian dengan sesiapa pun, padahal sebelum ini, saya hanya mampu menghabiskan separuh sahaja maggi kari atau maggi ayam. Ajaib?
Saya tidak tahu mengapa.
Ini resepi Maggi Asam Laksa yang saya gemari.
Jerang dua cawan air dalam periuk bersama-sama sebungkus Maggi Asam Laksa. Tak payah tunggu air mendidih dulu, campak terus macam tu aje. Kemudian masukkan rempah maggi, tunggu mendidih. Pecahkan sebiji telur ayam, lepas sepuluh saat tutup api dan tutup periuk.Ambil bawang besar, timun dan cili merah. Potong ikut suka. Sendukkan maggi ke dalam mangkuk dan tabur bahan-bahan yang dihiris tadi. Semudah itu. Tak perlu susah-susah, suapkan sahaja ke dalam mulut untuk menikmati kelazatannya.
Waoooowww!! Terangkat sungguh!!
No comments:
Post a Comment