Sabtu, 1 Oktober 2016
Penat rupanya berjalan-jalan begini. Tiada ruang rehat langsung, hanya dipenuhi dengan lawatan ke sana sini dan ketiduran di dalam bas!
Penat rupanya berjalan-jalan begini. Tiada ruang rehat langsung, hanya dipenuhi dengan lawatan ke sana sini dan ketiduran di dalam bas!
Pagi ini ruang sedikit luas apabila kami hanya akan bergerak pada jam 10 pagi. Sarapan kami hari ini sepenuhnya di hotel, kerana hotel ini halal. Ada nasi goreng, roti dan bubur. Saya kekal berselera walaupun ada rakan-rakan yang sedikit terganggu dengan rasa tidak selesa menjamah makanan hotel. Tidak yakin, kata mereka.
Jam 10 kami dibawa ke pasar hujung minggu terkenal di kota ini iaitu Cha Tu Chak. Kami diberi masa tiga jam untuk meronda dan membeli belah di sini. Tiga jam terlalu lama bagi saya. Walaupun saya suka benar bershopping, tetapi memikirkan sukar untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti, saya mengehadkan keinginan. Saya membeli apa yang perlu sahaja kerana enggan menambah bilangan beg dan malas pula mengusung bebanan!
Selesai membeli belah, menanti bas datang dalam terik mentari. Kak Wan Shuraya, Kak Zakiah, Kak Makelsom, Hanani dan saya. |
Usai di Cha Tu Chak, kami dibawa ke Restoran Jeerapan untuk kali kedua. Masih dengan menu nasi kuning, sup daging dan ayam bakar, ditemani juga pulut pauh dan pulut bakar. Alhamdulillah, kami kekenyangan.
Untuk bersolat tengah hari, kami singgah di masjid yang agak terlindung di kota ini. Maklumlah, kota kosmopolitan yang dipenuhi wat Buddha, masjid menjadi begitu terasing.
Agenda terakhir kami hari ini ialah singgah bershopping lagi di Asiatique.
Bersama penganjur program kami, Dato' Ezani. Dari kiri: Datin Nik Norizah, Ustazah Siti Meriam, saya, Dato' Ezani, Izzat (anak Dato') dan Cikgu Makelsom. |
Selepas makan malam, kami pulang ke hotel. Kali ini lebih awal dari biasa untuk memberi ruang kami berkemas.
Selamat malam Bangkok. Ada umur jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment