Aku ada baca komen dalam satu portal berita seorang lelaki tikam orang Masjid sebab orang Masjid tu buka ayat Al-Quran kuat-kuat sampai menganggu dia nak berehat.
Dalam komen tu, ada la sorang brader ni betul-betul membangkang perbuatan baca Quran kat Masjid ni. Katanya, bacaan tu banyak sangat menganggu penduduk setempat yang perlukan rehat dan ruang untok damai.
Respon orang terhadap komen brader tu?
Ramai orang yang mencela brader ni, sampaikan dikafirkan, malah disumpah nya lagi brader ni.
Inilah dia Tuan-tuan dan puan-puan, golongan yang bodoh teramat.
Melakukan ritual tanpa ada sifat kasih pada makhluk.
Dalam Al-Quran, takda satu pun ayat yang suruh kita baca Quran kuat-kuat.
Dalam Al-Quran, satu ayat pun Allah tak suruh setiap Masjid baca Al-Quran sampai memaksa orang lain dengar.
Pasang ayat Quran kuat-kuat sampai ganggu waktu rehat penduduk taman/kampung, tidak termasuk langsung dalam mana-mana Ibadah.
Yang Islam tekankan, jangan sakiti jiran. Nabi warning siap-siap dah, orang yang sakiti jiran tetangga ini, termasuk dalam golongan yang tak beriman.
Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya:
“Siapakah mereka ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab :
” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Bagi mana-mana penduduk taman/kampung yang masih tak sedar tentang perbuatan pasang Quran kuat-kuat tak kira masa rehat orang ni, harap sedarlah bahawa perbuatan itu membuatkan penduduk tak rasa aman.
Memanglah selama harini masa kita pasang Quran tu, takda siapa komplen. Ye lah, kang komplen nanti, kena cop kafir, kena cop tak suka Islam, kena cop anti-Quran.
Yang non-Muslim lagilah kasihan. Nak bersuara, takut. Malah lebih bahaya, ada non-Muslim fikir bacaan Quran kuat-kuat tu merupakan amalan wajib Islam. Takut-takut dalam diam, diorang terlintas hati yang Islam ni takda common sense.
Ye tahu, kau tak kisah pun Masjid pasang Quran. Aku tahu, kau suka dan seronok dengar. Ye, dan aku tahu, ada Non-Muslim pun yang tak kisah pasal ni.
Tapi, yang ambil kisah tentang perkara ni, yang terganggu pasal perkara ni, yang waktu rehatnya sedikit terbantut, yang takut nak bersuara pasal ni, pun ramai juga.
Kalau suka dengar Quran, pasanglah di rumah sendiri. Letak kaset atau DVD ayat Quran, dan perdengarkanlah sepuas-puas hati. Takda siapa larang.
Dan kalau nak pasang juga di Masjid, bukannya sejam sebelum masuk waktu solat. Cukuplah sekadar 5-10 minit sebelum waktu.
Ini, ada pula yang sejam sebelum subuh dah buka. Kasihan teramat bagi siapa yang perlukan rehat cukup, terganggu.
"Eh, kalau pasang dangdut ke, lagu kuat-kuat, kau tak bising pulak? Pasal Quran ni pulak kau bising-bising!"
Aduh.... Pak cik, cuba cakap dengan saya, bila masa dangdut dan lagu ni dipasang waktu orang tidur?
Kalau ada pun, tindakan buka lagu kuat-kuat contohnya karaoke ini pun sama jugalah sifat tercela dia sebab menganggu jiran tetangga. Isu dia sekarang, bukannya Quran, tapi gangguan.
Takkan ini pun saya kena explain kat pakcik?
Fikir ler pasal orang lain sebelum buat apa-apa.
Islam merupakan agama fitrah. Agama manusia.
Islam ini bukan sekadar menyembah Allah dan akui Muhammad itu Rasul, tetapi Islam adalah agama yang manusiawi, yang mendahului kebajikan manusia terlebih dahulu berbanding amalan ibadat.
Sebab itu, kalau kau sakit, tak perlu puasa. Kalau takda makanan, dibenarkan makan khinzir. Kalau rasa nyawa terancam waktu solat, boleh berhenti untok selamatkan diri.
Sebab Islam ni menjaga sungguh-sungguh tentang fitrah manusia.
Hayati konsep dan adab ketika berjiran.
Allah tekankan konsep berbuat baik dengan jiran ni, setaraf dengan kita berbuat baik dengan mak bapak kita,
dengan Firmannya dalam Surah An-Nisa ayat 36:
"dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh.."
(Dari FB Mufarwa Farid)