Khamis itu adik saya Aziah menelefon mengkhabarkan kematian saudara kami di Selatan Thailand, Amran. Amran jatuh dari pokok sewaktu mengambil madu pada malam Khamis itu. Aziah mengajak saya menemani dia dan ma pulang menziarah pada Jumaat. Saya tentunya tidak menolak.
Jumaat itu kami berempat termasuk Muiz turun pada jam 7.30 pagi. Perjalanan Alhamdulillah dipermudahkan dan kami tiba di Kampung Cabang Dua pada jam 9.30 pagi.
Berziarah begini sememangnya memberi rasa yang indah tetapi mencari ruang itulah yang sukar. Selain melawat keluarga arwah, kami tentunya mengambil peluang menemui saudara-saudara yang lain juga.
Rumah arwah datuk Che Idris, bapa emak. |
Beramah mesra dengan Mak Da Jah dan Mak Ngah Yah, ibu-ibu saudara kami. |
Emak sayu melihat keadaan birasnya, Mek Mariam yang terlantar |
Satu-satunya bapa saudara sebelah ayah yang masih ada, Ayah Mat. Selalu menyambut kami dengan linangan air mata. Semoga Allah menjaga Ayah Mat sekeluarga di dunia dan di akhirat |
Dek bulan puasa, kami tidak boleh berlama-lama. Banyak lagi urusan rumah tangga yang belum saya jamah sementelah hari ini hari minggu. Lalu pada jam menghampiri 12 tengah hari, kami bergerak pulang.
Entah bilalah pula saya punya ruang ke sana.
No comments:
Post a Comment