Saturday, May 04, 2019

Berpantang

Pagi itu panas sekali. Jam baru ke angka tujuh tetapi tekak saya sangat haus. Usai tugas menyediakan jadual relief, saya menuju ke kantin. Saya mengharapkan teh o ais untuk menemani hidangan sarapan saya.

Ais belum sampai, cikgu.

Aduh! Kecewanya saya. Mengganti dengan minuman panas? Oh tidak. Saya tentu akan semakin panas. Tak mengapalah, saya akan minum air mineral sejuk yang ada dalam peti ais.

Begitulah saya. Biar apa pun terjadi, apabila saya panas dan berpeluh, meminum air panas akan saya elakkan. 

Sama juga jika musim hujan yang suasananya sejuk mencengkam. Tidak tergamak untuk saya meneguk air batu, tetapi nikmat sungguh apabila menghirup secawan kopi panas.

Peliknya, dalam cuaca panas mereka mahu kita pantang air batu. Kata mereka, badan panas jika minum air batu akan berlawan suhunya menyebabkan urat kembang. Kenapa dalam cuaca sejuk tidak disuruh pantang air panas? Tidak berlawankah?

No comments:

Post a Comment