Hari ini tamatlah cuti saya selama dua minggu dan kembalilah saya bekerja mencari rezeki yang halal demi sebuah kehidupan yang diredai Tuhan.
Selasa menyaksikan jadual yang lebih padat berbanding hari lain. Ada 4 kelas perlu saya masuk dengan jumlah 7 waktu. 4IBR 2 waktu dari 8.40 hingga 9.40, 4IBS 1 waktu pada 10.10, 5IBS 3 waktu dari 11.10 hingga 12.40 dan akhir sekali 5IBR 1 waktu pada 1.40.
Penat sebab lama tidak terkocoh-kocoh begini, tetapi seronok kerana anak-anak murid saya begitu rajin dan bersemangat.
Esok jadual saya sangat santai, cuma 2 waktu PdPc dan 2 waktu Kokurikulum. Mungkin saya akan cuba mencelah untuk menziarah sahabat saya, Puan Norizan yang kematian suami pada Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment