Dan seperti selalu, saya tidak tahu nak makan apa dan tidak kisah pun dia beli apa untuk saya. Tetapi saya tidak suka menyusahkan suami untuk berfikir, kerana jika saya jawab "apa-apa je lah" tentu dia buntu. Samalah dengan saya, bila saya bertanya keinginan orang (mahu apa ya?) tetapi dikembalikan kepada kita untuk memikir (apa-apa pun boleh), saya akan susah hati. Saya tidak tahu citarasa orang, saya takut saya silap membuat pilihan.
Jadi apa yang pertama terlintas di fikiran, itulah yang saya suarakan.
Nasi kerabu golok. Lauk ayam.
Encik suami saya yang kacak itu terus pergi dengan senang hati. Saya menanti kepulangannya sambil membancuh seteko teh o ais kegemarannya.
Nasi kerabu golok itu sudah banyak kali saya makan. Sedaplah juga. Rasanya cukup, ayamnya boleh tahan. Harga pun murah, tiga ringgit je. Tak muak sebab tiada kuah tumis. Saya tak suka sangat nasi kerabu tumis, sebab itu saya pesan nasi kerabu golok.
Selang setengah jam, dia pulang. Saya menyambutnya di pintu, dia menghulur plastik berisi makanan untuk sarapan sambil berkata, "Ah sudah!"
Kenapa?
Rupa-rupanya nasi kerabu yang saya pesan sudah pun dibelinya, tetapi diberi pada orang! Mek mahu nasi kerabu itu untuk makan tengah hari. Yang tinggal cuma nasi ayam untuk saya.
Dia sudah berhenti di kedai berdekatan rumah kami untuk membeli nasi kerabu untuk saya, tetapi sudah habis. Dia risau jika saya kecewa tak dapat makan nasi kerabu pagi ini.
Aduh! Mahu ketawa pula rasanya. Nasi ayam pun bolehlah bang! Saya ok je.
Sungguh?
Kelakar juga ya. Suami saya ni risau berlebih-lebih kah atau dia buat-buat risau?
Nasi ayam itu pun sedap juga, sebab tidak muak sangat. Nasinya seimbang rasa dan ayamnya besar. Terima kasih encik suami belikan saya sarapan. Bila tak perlu masak pagi-pagi rasa besar benar syukurnya.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment