RASA JIWA HAMBA
rasa yang di jiwa, rasa diri sebagai hamba
Friday, January 09, 2026
Refleksi Kasih buat Noorhayati
Tuesday, January 06, 2026
Rutin
Friday, January 02, 2026
Enam Tahun
Kali terakhir kaki saya menjejak tanah haram ialah enam tahun lalu. Kami bermusafir pada 14 Januari 2020 dan pulang sepuluh hari kemudian.
Seperti semua orang yang pernah ke sana, kami memohon doa agar Allah mengizinkan kami kembali lagi. Kembali menunaikan ibadah umrah dan kami mahu beri yang lebih baik daei yang pernah kami beri.
Takdir yang tertulis, selepas enam tahun pulang, kami masih tiada peluang ke sana. Rindu di hati tidak terkira tetapi ruang seperti tidak mesra. Ada kekangan yang menghalang kami ke sana walaupun kemampuan kewangan ada.
Ya Allah, sungguh saya terlalu rindu. Saya mahu menghadiahkan umrah untuk arwah ayah saya lagi, juga untuk saudara-saudara saya yang telah pergi maka Engkau berilah ruang itu untuk saya. Amin.
Wednesday, December 31, 2025
Helaian Terakhir
Saya tamatkan 2025 di sini. Seperti orang lain juga, saya mahu menyimpan kenangan itu, yang pernah hadir memberi pelbagai rasa kepada saya sepanjang tahun itu.
Haslina
Lama saya mencari kekuatan untuk menulis tentang dia - Haslina Baharuddin, anak murid saya di SMK Kuala Krai, SPM 1999.
Wanita tabah ini telah dipanggil pulang menemui Tuhan pada Isnin, 1 Disember 2025 yang lalu kerana kanser.
Demi Allah, saya tidak tahu dia sakit. Selepas membaca status FB adiknya yang memaklumkan kematian Haslina, saya terkejut sungguh-sungguh. Haslina sakit apa?
Terus saya menggelintar segala sumber yang ada. Allahuakbar, rupanya sudah lama dia sakit dan ada kisah tentang itu tetapi tidak pernah tersapa oleh saya. Banyak IG stories yang dia kongsi cuma saya terlepas pandang.
Saya tidak dapat menahan sebak. Dada saya sesak. Doa saya panjatkan agar Allah menerima dan meletakkannya di tempat terindah.
Tidak banyak kenangan antara kami, tetapi dia antara murid cemerlang yang peramah dan berbudi bahasa. Saya mengajarnya Matematik Tambahan dan dia berjaya mendapat gred A2. Dia satu-satunya murid yang mendapat gred A mata pelajaran itu pada SPM 1999 di SMK Kuala Krai. Dia menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Saya mengingatinya kerana dia murid yang mudah faham dalam belajar, sangat peramah dan mesra, juga manis sekali. Waktu itu saya belum berpengalaman sebagai guru Matematik Tambahan, baru tahun kedua menjadi guru dan diberi tanggungjawab besar untuk mengajar Matematik Tambahan SPM. Berat dan menakutkan tetapi apabila dia berjaya mendapat A2, saya rasa lega dan bangga.
Kali terakhir kami bertemu ialah pada tahun 2007. Itu pun secara kebetulan apabila saya menziarah kematian rakan guru di Kuala Krai yang juga bapa saudara Haslina. Seperti biasa, dia menyapa saya dan memperkenalkan saya kepada ibunya, "Ma, ni cikgu Add Maths ore..." Waktu itu dia baru tamat universiti dan sedang menunggu hari bahagianya. Haslina bertemu jodoh dengan jejaka Perlis, rakan sepengajiannya dan mereka berkahwin pada Oktober 2007.
Pada 2009, apabila saya berjinak-jinak dengan FB, saya mencari namanya. Dia antara rakan FB terawal saya dan dia sangat teruja bila saya menghantar friend request kepadanya. Mungkin dia tidak menduga saya masih mengingatinya. Siapa boleh lupa murid sebaik Haslina?
Kini Haslina sudah tiada, meninggalkan suami yang setia dan seorang anak kecil yang baru setahun lebih umurnya. Saya akan tetap mengingati Haslina sebagai murid yang terlalu baik, yang memberi pengalaman indah dalam sejarah perguruan saya.
Berehatlah Na, cikgu akan tetap mendoakan Na di sana dan keluarga yang Na tinggalkan di sini.
Tulisan Fdaus Ahmad tentang kepulangan Haslina ke rahmatullah
Resume
Sunday, December 28, 2025
Hari Keluarga
Tidak mudah untuk saya mencari peluang bersantai dengan ma dan adik beradik tanpa gangguan suami (?). Ya, sebagai seorang isteri, ada juga rasa ingin lepas bebas tanpa cengkaman dia. Haha! Bunyi macam selalu kena buli je.... Taklah!
25 Disember 2025, Khamis. Kami adik beradik perempuan bergerak ke Terengganu pada jam 7.30 pagi untuk menziarah besan ma di Pulau Kambing, singgah di rumah Kak Zaiha di Banggol Katong dan menginap di Homestay di Seberang Takir.
Alhamdulillah, segalanya Allah mudahkan walaupun perjalanan pulang pada Jumaat 26 Disember itu diiringi hujan lebat sepanjang jalan.
Saya simpan kenangan di sini.
Thursday, December 18, 2025
My Academic Journey
My academic journey began in 1979, when I entered Darjah 1 directly, without attending kindergarten. This was a decision made by my father, who believed in exposing me to formal education at seven. Although I was less exposed than some of my peers, my parents were deeply attentive and supportive, ensuring that I never felt left behind.
Throughout my primary school years, my parents played a crucial role in nurturing my discipline, confidence, and love for learning. They closely monitored my progress, instilled strong values of perseverance and responsibility, and consistently reminded me that education was the key to shaping my future. Their quiet sacrifices, encouragement, and prayers became the foundation of my academic strength.
I completed my primary education with excellent results, achieving 5 As in Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (!983). This achievement opened the door for me to be offered a place at Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu, a milestone that marked a significant turning point in my educational journey. It was a proud moment not only for me, but also for my parents, who saw their dedication and trust rewarded.
During my years at MRSM, I continued to work diligently under the constant guidance and moral support of my parents. Despite the distance from home, they remained closely involved, ensuring my emotional well-being and motivating me to strive for excellence. In 1989, I sat for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination and obtained an aggregate score of 9, with 6 As and 2 Bs, a result that reflected both consistent effort and strong family support.
Following my secondary education, I pursued my pre-university studies at the MARA Matriculation Centre. This phase further strengthened my academic maturity and independence. With my parents’ continued encouragement and unwavering belief in my abilities, I then went on to pursue a Bachelor’s Degree in Mathematics at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mathematics, a subject that demanded precision, patience, and perseverance, became both a challenge and a passion. I successfully completed my degree and graduated in 1996.
Beyond academic achievement, my parents had always emphasized the importance of contributing meaningfully to society. Inspired by their values and driven by a deep personal interest in education, I chose to further my studies in teacher training. I completed my professional teaching course (KPLI) in 1997, marking the transition from student to educator.
In 1998, I officially began my career as a teacher. Since then, I have remained in the education field, dedicating my life to teaching and guiding students. My journey as an educator is deeply rooted in the values instilled by my parents, those are discipline, compassion, resilience, and sincerity. Their constant care, prayers, and sacrifices have been the silent strength behind every achievement I have attained, both academically and professionally.
Above all, every milestone in my academic and professional journey stands as a reflection of my parents’ unwavering love, care, and sacrifices. Their guidance was never loud, yet it was always present, through gentle reminders, steadfast encouragement, and endless prayers offered quietly on my behalf. They shaped not only my academic path, but also my character, values, and sense of purpose in life.
As I look back on my journey, I remain deeply grateful to both my father and mother for their tireless devotion in ensuring my success, education, and well-being. I sincerely pray that Allah grants them His mercy, blessings, and forgiveness, and that they are always enveloped in His grace in this world and the Hereafter. May every effort, sacrifice, and prayer they made for me be counted as a continuous source of reward for them.
Amin, ya Rabbal ‘Alamin.
Tuesday, December 09, 2025
Gelora Cintaku
Derhakakah?
Monday, December 08, 2025
Curah
Saat saya sedang berteleku di hadapan Lenovo Ideapad saya ini, jam sudah ke angka 11.18 minit pagi. Di luar hujan sedang merenyai dan hawa di bilik peperiksaan tempat saya bekerja ini sangat sejuk. Di corong telefon saya, lagu dendangan Muhaini Suratman yang popular pada tahun 1981 bertajuk "Kalau Ada Jodoh" sedang berkumandang. Lagu ini sentiasa saya dengari kerana iramanya yang catchy sangat menggamit nostalgia zaman kanak-kanak saya. Ia cukup mendamaikan.
Hari ini tenang. Sebenarnya saya tidak begitu sihat akhir-akhir ini kerana selesema dan batuk, tetapi ia tidaklah sampai mengganggu ketenangan saya yang sedang bersendirian di bilik ini. Bilik kerja saya ini dihuni 5 orang guru dan empat yang lain semua ada urusan. Hasnah dan Haida berkelas Geografi dengan murid-murid Tingkatan 5 kerana esok berlangsung peperiksaan SPM nya. Azwanis pula sudah terbang ke Melaka untuk mesyuarat ketua pemeriksa Bahasa Melayu SPM dan akan pulang pada Jumaat nanti. Hanani sedang sibuk di koperasi, mengurus stok dan menutup akaun mungkin, kerana tugasnya sebagai Bendahari Koperasi menuntut tanggungjawab itu.
Saya? Hanya di sini, di bilik sunyi ini. Sebentar tadi saya baring, merehatkan badan yang sedikit lelah dek batuk dan selesema. Kelas hari ini langsung tiada kerana kelas 4C1 saya diambil alih oleh cikgu Hadi, manakala kelas 5C2 pula tentu murid-muridnya sekarang sedang bergelut dengan cikgu Hasnah, memastikan kertas Geografi esok mencapai sasaran. Berehatlah saya melayan diri sendiri.
Kerja lain? Ada, tetapi bukan perlu disegerakan. Sebagai Setiausaha Analisis dan Headcount saya sudah selesai melakukan analisis peperiksaan untuk Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 pada minggu lepas lagi. Sebagai guru penyedia jadual ganti pula, semuanya sudah selesai pada jam 7.30 pagi setiap hari. Dan tugas sebagai Setiausaha Panitia Matematik tidak terlalu menekan saya menyelesaikan apa jua. Ia boleh dibuat beransur-ansur.
Lalu apakah tekanan kerja sebagai guru untuk saya? Sepertinya tiada, bukan? Ya, setakat ini saya santai-santai sahaja bekerja. Saya begitu bahagia dengan apa yang Allah kurnia ini, dan berdoa selalu agar Allah memberkati setiap hasil rezeki ini. Amin.
Tekanan untuk saya lebih banyak di rumah. Saya tidak mampu merasa tenang dengan keadaan sekarang yang memaksa saya terkocoh-kocoh saban petang bergerak dari rumah saya ke rumah mek. Segala urusan menjadi terbelah dua, dan kebanyakan perkara menjadi tertangguh sehingga ke hujung minggu. Penat!
Apa pun, itulah tulisan takdir saya dan saya reda.
Saya akhiri curahan hati saya hari ini dengan serangkap lirik dari lagu "Kalau Ada Jodoh"
Ada sekuntum bunga, mekar di taman sari, kumbang yang pergi dulu, datang kembali.......
Dan terimalah wajah saya hari ini untuk menghilang rindu
Sunday, December 07, 2025
Cerita Gelang Emas
Monday, December 01, 2025
Disember
Sunday, November 30, 2025
Sentuhan Akhir
Tuesday, November 25, 2025
Cerita 54
Tinggal sebulan lebih sahaja lagi, usia saya akan menginjak ke 54 tahun. Alhamdulillah, semoga sempat untuk saya meraikannya.
Selain usia, saya baru sahaja menerima surat lantikan kenaikan gred ke gred DG14 (yang dulu dikenali sebagai gred DG54) yang berkuatkuasa pada 06.03.2025. Sekali lagi Alhamdulillah.
Banyak benar nikmat dan kurnia daripada Maha Kuasa buat hamba-Nya yang kerdil ini. Semuanya saya syukuri sungguh-sungguh, dan saya akan cuba memberi manfaat pada manusia lain atas setiap kurnia ini. Tidak perlu lagi saya memikirkan segala kekurangan diri, segala ketidaksempurnaan dan segala keperitan pada usia ini, kerana dalam mencari syurga-Nya, setiap ujian itu juga adalah kurnia.
Terima kasih Tuhan yang Maha Memberi.
Monday, November 24, 2025
Tetamu
Friday, November 21, 2025
Setiap Pagi
Tuhan, saya mencuba. Janganlah menghukum saya atas setiap kekurangan. Berdepan dengan karenah yang tidak terjangka, saya tidak menyalahkan sesiapa walaupun diri saya sendiri. Saya mencuba lagi untuk memberi sehabis baik.
Tuhan, ampuni saya. Saya terlalu lemah dan kadang-kadang emosional mengatasi rasional. Saya tidak mahu jatuh tanpa bangkit kembali. Terima kasih kerana peluang ini tetapi maafkan saya jika tidak terpenuhi.
Tuhan, bantulah saya!




























































