Lama tak menulis. Tak ada idea.
Hari ini Ahad, 18 Ramadan. Kami di Kelantan bercuti sempena Nuzul Quran semalam yang dibawa ke hari ini kerana semalam Sabtu. Jadi dapatlah hujung minggu yang panjang sedikit. Kebetulan adik ipar saya di Perak pulang ke kampung pada Jumaat, dapatlah saya berhujung minggu di rumah sendiri.
Alhamdulillah. Apa jua yang tertulis untuk perjalanan hidup saya, ia dari Allah dan semestinya wajib disyukuri.
Semalam saya mengajak suami ke Bazar Peringat. Cuaca panas, 33-34 darjah Celcius tapi saya gagahkan juga diri berjalan di Bazar itu. Awal kami pergi, pukul 3.10 petang dah sampai jadi orang belum ramai. Gerai pun belum buka semua. Saya mengidam mi goreng kuali besar, tapi belum siap pula. Kuetiau je ada. Belilah juga. Dua ringgit? Murahnya! Sedap juga, siap ada lada jeruk lagi.
Untuk menu berbuka kami beli nasi kerabu je dua bungkus. Sedap nasi kerabunya tetapi daging bakarnya tawar dooh. Tapi habis juga kami makan.
Menu sahur pula kami beli sup perut bulat dan ayam kicap. Kuih jala emas dan buah tanjung untuk pemanis mulut dan air kelapa muda untuk menghilang dahaga.
Selesai.
Bila semua makanan dibeli, jiwa saya akan rasa tenang. Tidak perlu fikir nak masak dah. Lega!
Petang ini kami akan kembali bergerak ke rumah mek kerana adik ipar saya dah nak balik Kemunting. Dan esok saya akan kembali bekerja dengan jadual baru yang bertambah menjadi 31 masa. Tak apa, saya ok saja.


No comments:
Post a Comment