Saturday, March 28, 2026

4 Generasi


Emak saya lahir pada tahun 1952. Apabila usianya menjangkau 17 tahun (1969), emak berkahwin dengan arwah ayah saya yang ketika itu berusia 25 tahun.

Anak sulung emak dan ayah diputerakan pada tahun 1970, sewaktu emak berusia 18 tahun. Pada tahun 1998, pada usia 46 tahun, emak menerima dua orang menantu serentak. Cucu pertama pula tiba dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, sewaktu emak berusia 48 tahun.

Tahun lepas (2025) pada usia 73 tahun, emak menyambut kehadiran cicit pertama. Pada Aidilfitri lalu, dapatlah digandingkan empat generasi bersama-sama. Alhamdulillah. 

Cicit pertama emak, Akyas Rifaat ialah anak kepada cucu kedua emak, Muhammad Amin. Muhammad Amin pula merupakan anak kepada Mohd Rifqi, anak keempat emak. Muhammad Amin lahir pada tahun 2002 dan menerima anak pertama pada usia 23 tahun. Mohd Rifqi pula berusia 49 tahun sewaktu cucunya lahir.

Begitu aturan Allah, kurnia yang indah dan membahagiakan buat seorang wanita tabah yang begitu cekal menempuh dugaan kehidupan. Semoga emak semakin bahagia menempuhi hari-hari mendatang dan akan menerima lagi kehadiran cicit-cicit lain. Amin.


Jelas terpancar kebahagiaan di wajah emak saat memangku cicit tercinta.


No comments:

Post a Comment