Wednesday, May 19, 2010

Koleksi hadiah dari anak didikku


Tidak seberapa, tetapi cukup bermakna. Terima kasih kepada anak-anak didikku yang sudi menghulur hadiah. Sebenarnya, tiada hadiah pun tidak mengapa. Keikhlasan seorang guru bukan untuk dinilai dengan berapa banyak hadiah yang diterimanya.

Saya cukup tidak senang mendengar rungutan guru-guru, "budak-budak sekarang ni, nak bagi hadiah sebatang pen kat cikgu pun susah!!". Seolah-olah perangai budak sekarang teruk sangat, tak tahu menghargai dan sangat kedekut!

Hak kitakah hadiah itu? Jika kita ikhlas, kita tidak akan pernah kisah jika tidak dapat hadiah sekalipun. Ikhlas itu kerana Allah. Bukan kerana manusia. Semasa saya seorang pelajar dahulu pun saya berkongsi dengan rakan sekelas untuk membeli hadiah, yang hanya untuk guru kelas sahaja. Untuk guru-guru lain hanyalah sekadar ucapan, tetapi tetap saya hormat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Semoga kita sedar tugas mendidik ini adalah tugas yang sangat mulia. Abaikan segala hinaan manusia, atau keengganan murid memberi hadiah. Itu bukan keutamaan. Percayalah, jika kita ikhlas ganjaran di sisi-Nya lebih berharga!

No comments:

Post a Comment