Malam tadi saya sempat menonton konsert final Akademi Fantasia 8. Sebenarnya saya tidak mengikuti sangat rancangan ini tetapi kebetulan malam tadi tiada apa-apa kerja dan saya pula dalam mood kurang sihat (dysmennorhea). Jadi sambil terbaring di katil, bersama-sama laptop di sisi, saya menekan remote control tv dan terpancarlah siaran langsung itu di kaca tv saya.
Sambil melayari internet, telinga saya menangkap suara nyanyian pelajar-pelajar AF itu. Tidaklah memberi perhatian sangat kerana lagu-lagu yang mereka nyanyikan tidak begitu sedap di telinga saya, sehinggalah saya terdengar lagu "Kebahagiaan dalam Perpisahan" nyanyian Shahir. Lagu berirama balada dengan suara Shahir pula ada bunyi macam J. Jay sikit-sikit. Eh, sedaplah pulak lagu ni..! Sorakan dan tepukan penonton bukan main hebat lagi sewaktu Shahir menyanyi. Rupanya ramai sungguh peminat dia. Hm, rupa boleh tahan, suara ada, attitude nampak bagus. Agaknya ramai yang suka sebab Shahir ni nampak sopan santun kot!
Saya lantas teringat fenomena Mawi lima tahun lepas. Cuma bezanya, Mawi mendapat perhatian sejak awal AF sedangkan Shahir ni, agaknya baru dalam seminggu dua ini sahaja. Tetapi sorakan dan riuh rendah penonton mengiringi nyanyian Shahir memang setara dengan apa yang berlaku pada Mawi dulu. Kebetulan, Shahir juga membawa imej ala-ala lebai gitu.. Maklumlah bekas ahli kumpulan nasyid Saujana dan graduan UIA. Hai, kenapa orang kita suka penyanyi yang agak-agak lebai ya? Tak faham saya!
Apabila keputusan diumumkan, seperti dijangka Shahirlah juaranya. Dan dengan ayat yang tersusun, Shahir memberi ucapan dalam nada tenang tetapi penuh emosi.
Saya cuma mampu tersenyum. Saya bimbang sebenarnya, jika Shahir nanti menjadi seperti Mawi ataupun Faizal Tahir yang imej lebainya sudah hilang entah ke mana.... Semoga Shahir tidak begitu.

No comments:
Post a Comment