Sekarang ini budak-budak sekolah tengah berdepan dengan peperiksaan pertengahan tahun. Guru-guru agak santailah sebab tak payah mengajar, masuk kelas untuk jaga periksa sahaja. Tetapi adakah sebenarnya begitu?
Seperti biasa, jadual pengawasan peperiksaan adalah berdasarkan jadual peribadi. Sebenarnya jika semua guru patuh dan faham tentang ketepatan masa, tiada masalah akan timbul dengan sistem pengawasan sebegini. Tetapi hakikatnya, memang ada sahaja guru yang lupa (atau buat-buat lupa) dengan jadual sendiri. Hairan betul saya.
Rutin saya, sebelum tidur malam, kepala saya sudah saya setkan tentang apa yang bakal berlaku pada esok hari. Kelas mana akan saya masuk, topik apa yang akan saya ajar. Masa free saya pula apa yang akan saya buat. Semua sudah tersusun dalam minda dan pagi esok saya akan ke sekolah dengan minda yang sudah bersedia. Saya sudah tidak perlu merujuk jadual peribadi lagi kerana saya sudah hafal. Bukan menghafal ya, tetapi ia lekat dengan sendiri dalam ingatan kerana kita melalui rutin yang sama saban minggu. Pun, ada waktu-waktunya (terutama musim peperiksaan ini) saya tatap juga jadual itu kerana takut tersilap kelas. Maklumlah, mengawas peperiksaan ini sangatlah bosan. Saya sangat faham dan saya tidak mahu guru sebelum saya tertunggu-tunggu kerana saya juga sangat tidak gemar menunggu!
Yang peliknya, ada guru boleh lupa jadual sendiri. Terutamanya apabila melibatkan masa rehat pelajar. Sepatutnya guru sebelum rehat akan tunggu sepuluh minit, dan baki sepuluh minit lagi akan diambil guru selepas rehat. Apa yang berlaku, guru selepas rehat selalu sahaja tidak datang sepuluh minit awal. Alasannya, tak perasan masa rehat! Haishh!! Jatuhlah maruah guru jika bab masa pun tak lulus!!
Yang lebih menghairankan, apabila guru boleh lupa masanya sendiri dan terpaksa dihubungi dengan telefon supaya datang ke kelas. Apa sebenarnya yang guru ini buat di sekolah hingga jadual sendiri pun tak boleh ingat? Saya bukan nak membuka pekung guru, tetapi sekadar menyentuh perkara yang saya rasa wajar disentuh. Guru-guru begini (tidaklah ramai mana, tetapi tetap ada) sewajarnya dihantar ke kem motivasi!
Pengalaman saya sewaktu belajar di MRSM, minggu peperiksaan adalah minggu yang sangatlah tenang. Pelajar tidak perlu masuk kelas kerana peperiksaan berlangsung di dewan, di perpustakaan atau kelas-kelas tertentu yang telah dinyatakan dalam jadual peperiksaan. Jika peperiksaan tamat jam 11.00 pagi, pelajar akan terus pulang ke asrama dan guru tidak perlu bersusah payah mengawal pelajar di kelas.
Kadang-kadang saya terfikir kenapa sekolah harian biasa tidak mengamalkan kaedah seperti saya di MRSM dulu? Mungkin pelajar sekolah harian ini agak berbeza dan tidak mampu berdikari agaknya! Hmmm... Maka jika pelajar tamat peperiksaan awal pada hari itu, terpaksalah guru ke kelas untuk mengawal dan menjaga mereka kerana mereka tidak dibenar pulang ke rumah /asrama sebelum jam 2.00. Bayangkan pelajar yang baru selesai menjawab peperiksaan, apa yang kita boleh buat dengan mereka? Mengajar? Tentu sekali minda mereka kurang bersedia. Suruh mereka belajar? Tentu sekali mereka lebih gemar berbual, apatah lagi suasana kelas memang panas. Bawa ke perpustakaan? Setakat dua kelas bolehlah, maklumlah perpustakaan sekolah harian biasa ini sangatlah sempit dan bahan bacaan sangatlah terhad. (Sekali lagi, jika saya bandingkan dengan perpustakaan MRSM, jauh panggang dari api!! Dengan luasnya, selesanya, buku yang banyak dan suasana yang tenang, perpustakaan MRSM tetap terpahat dalam hati saya sampai kini..)
Entahlah, saya rasa tidak elok saya terus-terusan membuat perbandingan begini. Tetapi sewaktu di SMK Kuala Krai dahulu, Pengetua di sana membenarkan pelajar pulang sebaik tamat peperiksaan pada hari tersebut. Maknanya, jika peperiksaan mereka tamat jam 12.30 tengah hari, mereka tidak perlu tunggu di kelas lagi. Boleh terus balik rumah dan cikgu pun bolehlah buat kerja lain, tak payah tunggu pelajar di kelas. Kan cikgu banyak kerja sekarang!!
Wallahu a'lam...

No comments:
Post a Comment