Thursday, March 03, 2011

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun

Kenapa hati saya tersentuh? Saya tidak pernah mengenalinya secara peribadi. Hanya melayari blog beliau sekali sekala. Itu pun, saya tidak tahu rupa dan wajah tuan punya blog itu. Namun apabila melayari blognya semalam, saya menerima kejutan.

Kejutan kerana kini dia tiada lagi. Pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya kerana kemalangan jalan raya dua hari lepas. Sungguh mengejutkan, seorang anak muda yang berjiwa luhur, berhati mulia dan berpekerti tinggi, pergi dalam usia baru 28 tahun. Tinggallah isteri dan dua anak yang masih kecil, meneruskan hidup tanpanya di sisi.

Menatap gambar anak-anak kecil dan isterinya, hati saya sangat pilu. Doa saya, semoga mereka tabah menempuh dugaan ini. Allah meminjamkan beliau kepada kita sekadar 28 tahun, namun banyak kenangan dan harapan bersama beliau bakal menjadi memori abadi di hati-hati sahabat, kenalan dan keluarga.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh beliau.
Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kepadaahli keluarga beliau.
Amin.

2 comments:

  1. SAYA PERNAH BERTEMU DENGAN ARWAH SEKELUARGA KETIKA KAMI MENGUNJUNGI ISLAMABAB PADA DEC 2009.BELIAU MENJEMPUT KAMI SEKELUARGA MAKAN MALAM.SAYA BERKESEMPATAN BERAMAH MESRA DENGAN ARWAH SEKELURAGA,SI NADIA MASIH KECIL KETIKA ITU ,NUR ISTERINYA SENTIASA TERSENYUM MESRA,SAYA MENGAMATI TINGKAT LAKU ARWAH,TERDETIK DI HATI BELIAU NI SEORANG YANG BERAKHLAK MULIA,LUHUR JIWANYA...SEDIH DENGAN PEMERGIAN BELIAU SECARA TRAGIS..2 HARI LEPAS KAMI MENZIARAHI KELUARGA ARWAH,TERSENTUH JIWA INI MENGENANGKAN NASIB BAYI DAN NADIA YANG MASIH KECIL,PILU MELIHAT NUR YANG PUDAR PANCARAN MATANYA JAUH MERENUNG KEHADAPAN,TIDAK ADA KATA -KATA YANG DAPAT DI UCAPKAN...MELAINKAN DOA SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN JIWA KEPADA YANG MASIH HIDUP...DAN AL FATIHAH BUAT AL MARHUM WAN AHMAD FADZIL SEMOGA .BERISTIREHAT DENGAN KETENANGAN ...

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita doakan agar mereka sekeluarga kuat dan tabah berdepan ujian ini... Sesungguhnya mereka insan terpilih. Al Fatihah.

    ReplyDelete