Saya terjaga pada jam 3 pagi ini, selepas lena sejak 9 malam tadi. Alhamdulillah rasa makin sihat walaupun masih kurang selesa.
Saya ditemparkan di wad Double (D39) pada jam 10 pagi hari Rabu 1 Mac 2023, dan melalui pembedahan pada 11 pagi Khamis 2 Mac keesokannya. Selepas 4 hari dipantau di wad, saya dibenarkan pulang semalam, Isnin jam 3 petang 6 Mac 2023.
Alhamdulillah.
Saya dibekalkan dengan lima jenis ubat, 2 antibiotik, 1 paracetamol, 1 Celebrex, 1 ubat batuk dan 1 Lactulose.
Saya pulang ke rumah ma dahulu barang sehari dua, sehingga saya rasa lebih kuat untuk bergerak sendiri barulah saya akan pulang ke rumah saya.
Terima kasih ma. Saya tidak akan menyusahkan ma lama-lama, saya cuma mahu menumpang sehari dua. Ma usahlah bersusah-susah sangat untuk saya ya!
Terima kasih suami, yang begitu setia menjaga saya tanpa keluhan. Semoga Allah jua yang membalasnya.
Terima kasih adik beradik, ahli keluarga dan sahabat handai yang selalu ada saat saya memerlukan. Saya hargai setiap doa, masa dan tenaga yang kalian berikan untuk saya. Juga sumbangan bermakna yang saya tidak sangka-sangka. Allah jua yang membalasnya.
Terima kasih Tuhan, memberi rahmat yang terindah buat saya.
Semoga selepas ini saya akan kembali sembuh untuk terus menyumbang bakti di dunia sebelum pulang bertemu-Nya.
No comments:
Post a Comment