Saturday, June 12, 2010

Bersantai di rumah bonda

Hari Selasa minggu lepas, saya berkesempatan untuk bersantai seharian di rumah emak. Selalunya bila musim cuti tiba, adik beradik saya dan keluarga mereka akan pulang dan berkumpul di rumah emak. Suami mengizinkan saya berehat di rumah emak dan akan menjemput saya pulang sebelum Maghrib nanti.

Jam 10 pagi, suami menghantar saya ke rumah emak. Hanya Aziah, Muiz, Amin, Iman, Awwahah dan mama mereka Nab sahaja yang kelihatan. Rupanya emak, Zahidah dan Husna bersama-sama Sufi pergi melihat-lihat tanah tapak rumah. Husna sedang giat berusaha mencari tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak rumah, tetapi masih belum bertemu yang sesuai. Ustaz Rifqi pula sedang tidur, mungkin penat kerana belum rehat sejak tiba semalam.

Lebih kurang 11 pagi baru mereka pulang, dan katanya tak berkenan dengan tanah itu. Tak mengapa, teruskan misi mencari hingga ketemu yang sesuai.

Tengah hari ini, Rifqi sekeluarga pulang ke Tendong. Muhammad pula tiba dari Meranti sendirian, Farah dan Areef tidak ikut bersama. Hasrat nak jumpa mereka belum tercapai lagilah nampaknya. Tak apa, cuti masih panjang.

Untuk makan tengah hari, nampaknya semua orang kemalasan hendak memasak. Jadi kami bersetuju membeli makanan di kedai sahaja. Dengan menaiki kereta Muhammad, kami ke Retoran Baruh Baba Hashim (yang laser itu) untuk membeli makanan tengah hari. Kami beli banyak juga - gulai udang, ayam goreng, gulai kepala ikan merah, kerabu perut dan ikan keli goreng.

Selesai makan, kami solat zohor, berehat, berbual, berinternet, dan tidur.

Lepas Asar, Rifqi sekeluarga datang membawa emak ke Pasir Puteh, rumah kakak iparnya untuk menziarah anak saudara Nab yang kemalangan. Emak mentua saya pula datang bertandang, dan saya hidangkan air oren dengan kerepek pisang. Seterusnya, saya menunggu suami menjemput tetapi hampir Maghrib belum datang lagi. Bila saya telefon, rupanya dia sedang berada di PCB, bertemu kawan lamanya Zaid dari Terengganu yang datang ke Kelantan sebagai pengadil Sepak Takraw MSSM.

Selepas maghrib, adik saya yang paling rajin, Zahidah menyediakan juadah nasi goreng spesialnya untuk makan malam ini tetapi lebih kurang jam 8.15 malam, suami saya menjemput saya pulang. Tak sempat pula saya merasa air tangan anak dara pingitan yang jelita ini...

Wajah-wajah yang sempat dirakam pada hari itu.

Abang Long yang makin bijak dan begitu obses dengan Estima babanya. Sangat kuat memboikot produk Yahudi, sehingga hampir menangis apabila diberitahu baju yang dipakai itu jenama USA!

Sufi pula makin pandai berinteraksi dan sangat mudah senyum dan ketawa. Seronok melayan Sufi yang sangat periang ini.

Baby Muiz sudah semakin besar, tetapi tetap tidur dengan lena setiap kali selepas menyusu.

Awwahah pemalu orangnya, tetapi bila selalu didekati akan mudah mesra juga. Memang susah nak tengok dia senyum tetapi kali ini saya berjaya merakam wajah manisnya yang tersenyum comel!

Iman dengan wajah seriusnya. Marah kat Ummi ke?

No comments:

Post a Comment