Aziah waktu ini sudah dua tahun bergelar isteri, tetapi baru sahaja bergelar Ustazah, apabila dipanggil mengajar di Teluk Intan, Perak pada April 2001 selepas dua tahun menanti. Nampak berseri-seri wajahnya walaupun waktu ini belum lagi mendapat gaji pertama dan masih menggunakan kereta Proton Saga WBN (?).
Anis Radhiah pula baru berusia 11 bulan tetapi sudah boleh berjalan waktu ini, cuma agak lambat bertutur. Memandangkan dialah satu-satunya anak saudara kami ketika ini, maka sangatlah ia dimanjai dengan dukungan walaupun sudah boleh berjalan!
Si gadis sunti sebelah kanan sekali itu ialah Noor Ismah yang sedang berada dalam tingkatan dua di Maahad Muhammadi. Memang realitinya dia sangat suka bergambar, maka terpaksalah adik bongsu Zahidah menjadi 'camera girl' untuk gambar ini...
Sekian sahaja cerita saya untuk kali ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment