Puan Noor Aziah Myiddin - lahirnya 36 tahun lalu, pada 30hb Mei 1974 (walaupun dalam sijil lahir dan kad pengenalannya tercatat 30hb Jun 1974 kerana kesilapan teknikal). Menjadi adik saya yang pertama, sebelum tiba lima orang lagi selepasnya. Menjadi teman baik dan teman gaduh semasa kecil dahulu, berkongsi baju dan skirt, berkongsi banyak pengalaman yang sama kerana beza usia kami hanya dua tahun.
Bernikah dengan Mohd Syahiman Samsudin pada Mei 1999 dan mereka baru sahaja dikurnia cahaya mata pertama pada 20 April 2010 - Abdul Muiz Muttaqi.
Semoga Allah merahmatimu sekeluarga, dan semoga permohonan bertukar ke Kelantan akan diluluskan segera. Amin!
Anis Radhiah Mohd Lutfi - diputerikan pada 15hb Jun 2000, menjadi cucu sulung emak dan anak saudara sulung kami. Seronok menerima kehadiran anak saudara pertama ini, walaupun waktu itu arwah ayah baru sahaja tiga bulan pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Anis kini sudah pun menjadi dara sunti berusia 10 tahun. Semoga Anis cemerlang di dunia dan akhirat, amin!
Afnan Qayyum Mohd Lutfi - lahir pada 5hb Jun 2006, dan merupakan putera tunggal dan bongsu dalam keluarganya. Semoga Afnan dewasa sebagai anak yang soleh, yang berbakti kepada agama dan keluarga, amin!
No comments:
Post a Comment