Khamis, 9 Jun 2011
Hari saya bermula tenang. Selesai solat Subuh, saya menyediakan sarapan di dapur. Mihun goreng dan kopi o panas. Jam 8.00 pagi, saya dan suami menikmati sarapan bersama-sama.
Lebih kurang jam 9.00 pagi, dua orang tukang cat rumah datang untuk bekerja. Sebenarnya, rumah kami sekarang dalam proses pengecatan semula. Bukan apa, cat yang asal ini sudah lebih enam tahun bertahan. Sudah nampak kusam dan tiada seri. Apatah lagi di keliling rumah kami ialah rumah-rumah yang baru dibina, yang masih berseri-seri catnya maka nampak ketaralah rumah kami ini sudah tua dan usang! Maka bermula semalam, proses pengecatan rumah pun berjalan. Daripada warna kuning, kami tukar kepada warna carrot.
Mihun yang saya goreng itu sangat banyak kerana sangka saya selain tukang cat, akan ada juga pekerja-pekerja yang menyiapkan simen di halaman rumah kami. Rupanya mereka tidak datang hari ini lalu berbakilah mihun saya itu... Mujur suami saya kata, "mihun ini sedap. Tengah hari ini tak payah masaklah. Kita makan mihun ini saja."
Saya berehat sahaja pada tengah hari ini.
Selesai solat zohor, saya cupa melenakan diri sekejap. Tapi tak lama, kerana Ain Aliah menelefon. "Ummi, Ain nak tidur kat rumah ummi malam ni. Kejap lagi mak hantar Ain.."
Sebaik selepas Asar, rakan kami pula menelefon. Dia dan keluarganya dari bandar Kota Bharu dan ingin singgah di rumah kami pada Maghrib nanti, sebelum pulang ke Kuala Krai.
Saya bingkas dan bergegas ke dapur. Saya jerang nasi, masak sup daging dan ubi kentang, goreng sayur bunga kubis dan jagung muda, dan goreng ikan. Pantas sekali. Ain, Aisyah dan Afnan sudah bertamu di luar. Kak Zaiha pula ada seminar di bandar KB malam ini, lalu dia tinggalkan mereka bertiga di rumah saya. Katanya, lepas Isya' dia akan jemput Aisyah dan Afnan, manakala Ain akan tidur di rumah saya.
Kasihan Afnan. Badannya panas tiba-tiba. Saya ambil nasi sepinggan, untuk suapkan mereka bertiga tetapi hanya Aisyah yang makan. Afnan cuma merasa semulut dua sahaja, kemudian tidur. Ain pula tak mahu nasi, jadi saya berikan dia semangkuk sup daging sebagai makan malamnya.Sebaik azan Maghrib berkumandang, rakan kami itu tiba dengan Toyota Innova peraknya. Mereka berenam dijemput naik, dan dipersilakan solat Maghrib di bilik tetamu kami. Seterusnya, saya hidangkan makan malam untuk mereka.
Selepas Isya', mereka bertolak pulang.
Kak Zaiha pula tiba lebih kurang jam 9.30 malam untuk menjemput Aisyah dan Afnan.
Ain seronok menonton drama seram komedi di TV3 sehingga jam 10.30 malam. Kemudian dia terus tidur, tanpa banyak ragam.
Saya juga segera menidurkan diri, menanti hari esok....
Jumaat, 10 Jun 2011
Usai solat Subuh, saya ke dapur. Buntu memikirkan sarapan hari ini. Lauk dalam peti ais sudah kehabisan. Lalu saya minta suami membeli sahaja sarapan di kedai.
Selesai sarapan dengan nasi belauk ayam gulai, saya temankan Ain menonton TV. Biasalah, cerita kartun. Saya tertidur...
Ain kelihatan bosan melayan diri sendiri. Saya berikan telefon saya padanya, untuk dia main game. Sekejap-sekejap dia bertanya, "ummi, sekarang dah tengah hari ke?" Saya kata belum. "Ain nak cakap dengan mak ke?" Dia menggeleng.
Bosan di atas rumah, dia turun memetik bunga di laman. Dicantumnya bunga jarum menjadi rantai, digayakan di kepalanya. Kebetulan, suami mengupah orang memotong rumput hari ini. Ain turut leka melihat, namun belum mampu mengubat kesepiannya. Dia naik ke rumah dan bertanya lagi, "ummi, dah zohor belum?"
Saya menghantar sms pada Ismah mohon datang jemput Ain. Kasihan melihatnya tiada teman.
Ismah tiba dengan Viva putihnya bersama-sama Zahidah, Anis dan Sufi. Oh! Tidak berenggang Sufi dengan Su nya...
Sekejap sahaja bermesra, mereka sudah ingin pulang. Ismah membawa bersama-samanya sembilan buah majalah RASA milik saya sebagai bekalan untuk mencuba resepi-resepi baru. Selamat memasak ya!
Sebaik mereka pulang, saya menggosok baju, mengemas dapur dan memasak untuk makan tengah hari. Suami saya sudah belikan lauk basah dan sayur maka saya masak sotong serai dan ikan kikik goreng dihidang bersama-sama kerabu sare yang suami saya beli tadi.
Selesai makan tengah hari, saya merehatkan diri.

No comments:
Post a Comment