Sejak usia menginjak tua ini, saya sering mengelak daripada menyaksikan perlawanan sukan yang mendebarkan. Tak kiralah, bola sepak ke, badminton ke, atau tennis.Entah mengapa, saya jadi tidak stabil jika pasukan atau pemain pilihan saya tewas. Jika dahulu, saya sukakan perasaan itu - berdebar-debar setiap kali menonton - tetapi kini tidak lagi. Saya jadi takut untuk kecewa. Saya takut ia mengganggu konsentrasi saya dalam tugas dan tanggungjawab kerana saya ini sering memikirkan sesuatu pada tempoh yang lama.
Minggu lepas saya kecewa dengan kekalahan Federer di French Open. Saya hanya menyaksikan set pertama sahaja. Pada set kedua saya sudah nampak Federer bakal dibelasah Nadal, maka saya hentikan tontonan saya setakat itu. Memang saya kecewa kerana Federer kalah, tetapi saya akan lebih kecewa jika kekalahan itu saya saksikan sendiri. Biarlah kekalahan itu saya ketahui dari berita TV sahaja. Ia lebih menyelesakan perasaan.
Dan malam tadi, saya cekalkan hati untuk menonton perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Kelantan dan Terengganu. Saya tahu jika Kelantan kalah, saya pasti kecewa.
Dan itulah yang berlaku.
Sewaktu Kelantan hampir memperoleh kemenangan apabila mendahului 1 – 0 sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan, saya sangat berdebar. Saya takut menyaksikan serangan-serangan Terengganu dan akhirnya, ketakutan saya menjadi nyata. Terengganu mendapat gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan. Sungguh mengecewakan! Jika saya menonton bersendirian, saya pasti sahaja akan menukar siaran TV dan tidak lagi menyaksikan perlawanan tersebut. Saya lebih rela mengetahui keputusan di akhbar esok hari, daripada menyaksikan Kelantan kecewa dengan mata sendiri. Tetapi apakan daya, suami saya turut menonton dan dia setia menonton sehingga perlawanan tamat. Apa perasaan saya?
Saya resah dan gelisah. Saya tidak kisah jika Kelantan kalah tetapi saya tidak mahu menyaksikan kekalahan itu. Saya tidak sanggup. Itu realitinya tetapi suami saya tidak faham. Saya cuba pejam mata, tetapi telinga saya masih mendengar suara pengulas yang memuji Terengganu kerana bangkit untuk menang. Oh! Saya sangat terganggu!
Apa nak buat, kalau sudah bukan rezeki. Kemenangan begitu hampir dengan Kelantan tetapi Allah tidak mengizinkan ia berlaku. Saya ok, saya redha, tetapi saya tidak suka mendengar ulasan-ulasan yang pelbagai dari mulut penyokong Kelantan yang kecewa. Saya jadi sakit hati.
Hari ini, pagi-pagi lagi pengecat-pengecat rumah saya datang untuk bekerja. Ulasan yang keluar dari mulut mereka sangat tidak menyenangkan saya. Perlukah saya menutup telinga?
Apa pun, sekurang-kurangnya saya gembira kerana mendapat cuti percuma. Terima kasih Kerajaan Negeri!!

No comments:
Post a Comment