Hari ketujuh cuti sekolah penggal pertama. Ada lagi sembilan hari sebelum persekolahah beroperasi semula. Apa yang telah dilalui sepanjang tujuh hari cuti ini?
Pagi Jumaat 27/5, saya keluar ke pekan Ketereh untuk sedikit shopping barangan dapur. Orang tidaklah ramai mana, mungkin pada hari pertama cuti ini, orang jauh belum sampai ke negeri Kelantan. Dapatlah saya membeli belah dengan tenang dan aman.
Tiba di rumah, saya masak kue teow goreng untuk mengalas perut sebelum ke kenduri selepas solat Jumaat nanti. Biasalah cuti-cuti begini, ramai sungguh yang nak berkenduri. Kadang-kadang tak tercapai dek akal saya, mengapa semua kenduri mesti dilonggokkan dalam cuti sekolah? Kami nak juga bercuti ke luar negara, tetapi dek kenduri yang bersusun-susun, kami terpaksa batalkan percutian kami itu…
Balik dari kenduri, saya singgah di rumah emak. Fuh! Ramainya orang. Rupanya sanak-saudara Husna datang menziarah baby Nasih. Rasanya dalam tiga empat buah kereta juga.
Hari Sabtu 28/5, saya menerima kehadiran tetamu dari Terengganu, iaitu sahabat kami semasa di Makkah dahulu. Mereka tiba jam 8.20 pagi, dan saya sediakan mihun goreng untuk hidangan mereka. Seterusnya kami ke rumah Abang Man dan Kak Zan pula, dan kami dihidang nasi kerabu.
Petangnya, saya dan suami ke airport menjemput adik ipar yang pulang dari Miri untuk bercuti selama dua minggu di kampung.
Ahad 29/5 menjelang. Hari ini saya bersantai di rumah emak. Kebetulan suami saya ada dua jemputan kenduri maka saya tidak perlu menyediakan makan tengah hari untuknya. Dapatlah saya memenuhi keinginan saya dan adik-adik saya yang dua orang itu untuk berbelanja di KB Mall.
Isnin 30/5 pula hadir tanpa mungkir. Kami ke Machang untuk urusan bank, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana manusia bersesak-sesak di sekitar kawasan bank itu. Rupanya ada Pasar Tani dan kami tidak dapat parking. Akhirnya kami patah balik dan singgah makan tengah hari di gerai berhampiran Kem Desa Pahlawan. Emak telefon mengajak saya ke Pasir Mas, rumah sepupu saya Lina. Dia mengadakan housewarming dan kami pergi berenam – saya, emak, Aziah, Muhammad, Farah dan Areef.
Selasa 31/5 pula, saya khaskan untuk kerja-kerja di sekolah. Jam 7.50 saya tiba di sekolah untuk menanda kertas peperiksaan, menguruskan fail-fail panitia dan mengadakan kelas tambahan untuk anak-anak didik saya. Selesai urusan di sekolah, kami ke Wakaf Che Yeh untuk urusan bank yang tergendala semalam.
Rabu 1/6, saya mula kesakitan. Sepatutnya saya mengadakan satu lagi kelas tambahan untuk anak-anak didik saya pada hari ini tetapi kesihatan sudah merosot. Kepala berdenyut, perut juga memulas. Biasalah, sakit bulanan orang perempuan. Lalu saya menelefon seorang rakan guru meminta beliau memaklumkan pembatalan kelas tambahan saya kepada anak-anak murid saya. Mak berehatlah saya hari ini di rumah seharian.
Tibalah hari ini, Khamis 2/6. Sekarang jam baru 9.12 pagi. Sarapan tadi, suami belikan nasi belauk. Sekarang saya sendirian di rumah kerana suami keluar ke rumah jiran untuk membantu memotong daging untuk majlis kendurinya tengah hari nanti. Saya masih kesakitan, tetapi harap-harap tidak berpanjangan kerana hari ini saya ada dua jemputan kenduri. Jika mampu saya ingin hadir kedua-dua kenduri tersebut tetapi jika kesakitan ini berterusan, saya tiada pilihan.

No comments:
Post a Comment