Di antara kebesaran Allah pada tahun 2011, ada 4 tarikh yang luar biasa:
1) 1.1.11
2)11.1.11
3) 1.11.11
4) 11.11.11
Sekarang cuba sahabat sekalian ambil 2 digit terakhir tahun anda lahir, campurkan dengan umur anda tahun ini. Jawapannya ialah: 111. Amat menakjubkan ciptaan Allah.. SUBHANALLAH.. Moga bertambah syukur kita kepada-Nya.
Pernah baca status ini di mana-mana? Ia telah tersebar dengan luasnya. Dalam facebook, dalam twitter, melalui e-mel juga sms. Betapa kagumnya manusia dengan fenomena ini - jika boleh dikatakan fenomena.
Janganlah menuduh saya sombong. Sejak lama, saya memang sentiasa kagum dengan kebesaran Allah. Melihat diri sendiri sahaja saya sudah menyedari kebesaran dan kehebatan kuasa Allah. Meneliti alam yang luas dan indah serta kaya dengan flora dan fauna ini pun turut meningkatkan kesyukuran dan ketakjuban saya pada Allah. Melihat anak-anak didik saya yang punya kecerdasan berbeza, juga menambahkan kagum saya pada-Nya. Benar, Allah maha Agung. Tiada selain-Nya.
Namun saya rasa sangat tidak senang hati apabila perkara seperti di atas dijadikan sebagai satu bentuk kekaguman yang seolah-olah sangat ajaib. Saya ingin bertanya, apa ajaibnya?
Ajaibkah jika umur kita 39 tahun, ditambah dengan tahun kelahiran kita 72 menjadi 111? Ia memang akan berlaku begitu kerana tahun ini ialah tahun 2011! Tahun depan akan menjadi 112, tahun depan depan akan menjadi 113 dan begitulah seterusnya. Ia biasa. Bukan pelik pun! Apakah selama ini masyarakat kita tidak mengetahui cara umur mereka dikira? Aduh... takjubnya saya dengan 'kejahilan' ini.
Bukan. Saya bukan ingin menunjuk pandai. Saya sama sahaja seperti semua orang. Lahir sebagai bayi, menempuh alam kanak-kanak, kemudian remaja, dewasa, berkeluarga dan sekarang menghampiri tua. Tiada beza. Sebab itu saya hairan jika ramai yang kagum dengan pernyataan biasa seperti di atas.
Istimewakah tarikh 1.1.11, 11.1.11, 1.11.11 dan 11.11.11 itu? Ia hanya satu pola nombor. Pola ini sudah wujud berkali-kali, sejak tahun 11 Masehi lagi. Tahukah anda berapa kali? Sudah 12 kali sejak kelahiran Al-Maseh. Unikkah tarikh begini? Unik itu bermaksud hanya satu dan sekali. Bitara. Tiada tara. Jika ia sudah berlaku berkali-kali maka ia tidak dikategorikan sebagai unik lagi.
Sudah-sudahlah.
Sudah lama saya melihat masyarakat kita sentiasa terkagum dengan segala yang pelik-pelik. Ikan bertulisan kalimah Allah. Pokok berbentuk manusia sedang solat. Awan membentuk kalimah Allah. Dan banyak lagi, tidak terhitung.
Zaman nabi-nabi dahulu, Allah kurniakan mukjizat kerana masyarakat waktu itu menolak kewujudan Allah. Mereka digelar jahiliah. Mereka memerlukan segala bentuk keajaiban dan kepelikan berlaku di depan mata mereka bagi menunjukkan kebenaran kewujudan Allah. Itu pun masih ada yang enggan beriman.
Apakah masyarakat kita sekarang juga begitu?
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment