Ini telefon bimbit pertama saya, Motorola T2288. Saya menggunakannya dari Julai 2002 sehingga Mei 2003. Suami saya beli telefon ini dengan harga RM100 sahaja, kerana ia telefon second hand. Waktu itu suami saya menggunakan Nokia 3310 yang dibeli dengan harga RM420.
Pada Mei 2003, suami saya hadiahkan Nokia 3310nya kepada saya kerana dia berkenan pada Nokia 5210 yang berwarna oren, berharga RM500. Saya menggunakan Nokia 3310 itu sehingga Ogos 2003.
Suami saya pula, menggunakan Nokia 5210 itu sehingga Januari 2005. Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ketujuh, saya hadiahkan Nokia 3100 kepadanya, yang saya beli di Pantai Timur dengan harga RM405.
Selepas setahun, apabila Ismah dapat masuk UM, saya belikan dia Nokia 6060 berharga RM380, tetapi dia tukar lagi dengan Nokia 2300 saya. Saya pun pakailah Nokia 6060 itu.
Pada April 2008, Nokia 6060 saya dicuri orang. Tanpa berlengah, saya terus membeli telefon baru tetapi kali ini saya ingin mencuba jenama Sony Ericsson pula. Saya beli SE K530i di KB Mall dengan harga RM480. Suami saya juga berhasrat untuk menukar telefon, dan dia berkenan pada Nokia 2630 yang nipis itu dan berharga RM350.
Pada 2009, saya rasa saya perlukan telefon kedua untuk penggunaan broadband. Saya membeli pula SE C902 Cybershot dengan harga RM680 pada Oktober 2009.
Ahad lepas, saya membeli telefon baru lagi. Kali ini smartphone pula. Saya berkenan dengan SE Aspen, tetapi stoknya kehabisan. Lalu saya beli sahaja SE Xperia X8 berharga RM477.
Hajatnya, ingin diberi kepada suami kerana SE k530i yang digunanya itu sudah lusuh dan pudar warnanya. Tetapi dia menolak kerana tidak selesa menggunakan touch screen. Maka, saya berikan sahaja SE C902 saya padanya, dan saya menggunakan SE Xperia X8 itu bersama-sama dengan SE K660i.
Sekian cerita tentang telefon saya.
Pada Mei 2003, suami saya hadiahkan Nokia 3310nya kepada saya kerana dia berkenan pada Nokia 5210 yang berwarna oren, berharga RM500. Saya menggunakan Nokia 3310 itu sehingga Ogos 2003.
Nokia 3310
Mungkin suami saya kasihan pada saya yang asyik dapat telefon second hand, jadi pada Ogos 2003 dia belikan saya Nokia 2100 yang baru, berwarna biru, dengan harga RM410. Comel sekali telefon itu.Suami saya pula, menggunakan Nokia 5210 itu sehingga Januari 2005. Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ketujuh, saya hadiahkan Nokia 3100 kepadanya, yang saya beli di Pantai Timur dengan harga RM405.
Nokia 3100
Pada Mei 2005, adik Ismah saya berkenan dengan telefon Nokia 2100 saya. Entah kerana apa, dia sudi menukarkan telefon Nokia 2300 pemberian kak Husnanya dengan telefon saya itu. Maka saya pun mengguna telefon Nokia 2300 pula.Pada April 2008, Nokia 6060 saya dicuri orang. Tanpa berlengah, saya terus membeli telefon baru tetapi kali ini saya ingin mencuba jenama Sony Ericsson pula. Saya beli SE K530i di KB Mall dengan harga RM480. Suami saya juga berhasrat untuk menukar telefon, dan dia berkenan pada Nokia 2630 yang nipis itu dan berharga RM350.
Nokia 2630
Tidak lama kemudian, iaitu sekitar November 2008, suami saya memberitahu dia tidak berapa selesa menggunakan Nokia nipis itu. Kali ini dia mengajak saya membeli telefon baru untuk saya dan dia mahu menggunakan telefon SE K530i saya. Saya menurut sahaja. Maka, saya pun membeli SE K660i pula dengan harga RM520. Nokia nipis itu kami hadiahkan kepada adik Zahidah.Pada 2009, saya rasa saya perlukan telefon kedua untuk penggunaan broadband. Saya membeli pula SE C902 Cybershot dengan harga RM680 pada Oktober 2009.
Ahad lepas, saya membeli telefon baru lagi. Kali ini smartphone pula. Saya berkenan dengan SE Aspen, tetapi stoknya kehabisan. Lalu saya beli sahaja SE Xperia X8 berharga RM477.
Hajatnya, ingin diberi kepada suami kerana SE k530i yang digunanya itu sudah lusuh dan pudar warnanya. Tetapi dia menolak kerana tidak selesa menggunakan touch screen. Maka, saya berikan sahaja SE C902 saya padanya, dan saya menggunakan SE Xperia X8 itu bersama-sama dengan SE K660i.
Sekian cerita tentang telefon saya.
No comments:
Post a Comment