Dia sentiasa ceria. Sentiasa menceriakan dan amat jarang melihatnya muram. Jenakanya bersahaja, gayanya santai dan jiwanya waja. Namun di sebalik segala itu, dia sedang berhadapan dengan situasi yang sulit, yang hanya dirasai dalam dirinya namun tidak pernah digambar pada wajahnya.
Ahad, 11hb Disember ini, adikku Ismah akan menuju ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lagi bersama-sama emak dan abang-abangnya Rifqi dan Muhammad. Ke PPUM, tentulah tujuannya tidak lain, untuk proses rawatan. Kali ini dia sekali lagi akan melalui rawatan coiling untuk aneurysm yang dihidapinya.
Kali keempat dia perlu terlantar di hospital, namun dia tetap tenang. Saya kagum dengan semangat juang yang ada padanya. Semangat yang tidak pernah pudar, dan saya tahu Allah bersama-samanya setiap ketika.
Adikku Ismah, semoga Allah memudahkan segala urusanmu, memberi kesembuhan buatmu, melindungimu dan mengampunimu.
Terima kasih juga buat adik-adikku Rifqi dan Muhammad, kerana meluangkan masa untuk emak dan Ismah. Semoga Allah melindungi kalian sepanjang waktu dan ketika.
Untuk emak, semoga tabah menghadapi situasi ini. Sesungguhnya saya bahagia menjadi anak emak, kerana kekuatan yang ada pada emak mengajar saya erti hidup.
Buat adik beradik yang lain, jangan jemu mengirim doa. Semoga segalanya dipermudahkan Allah.
Amin.

Saat yang lain bermasalah dengan ahli keluarga mereka, kami pula KAU uji dengan ujian kesakitan untuk lebih dekat denganMU. Supaya kami tahu, segala penawar kesembuhan itu datang dariMU semata. Dengan segala keagungan MU, dan kelemahan kami, kami memohon penawar kepada apa yang KAU beri ini.
ReplyDeleteMaha Penyayangnya Engkau ya ALLAH. Ketika yang lain KAU lekakan dengan keindahan dunia, kami KAU uji dengan kekuasaan MU agar kami mengerti segala sesuatu itu milikMU. Jadikan ujian ini sebagai medan untuk kami menyuburkan cinta padaMU, menyegarkan rasa tawakal padaMU, sesungguhnya kami terlalu lemah tanpaMU.
Maha Pengasih nya Tuhan. Saat yg lain benci membenci, KAU titipkan rasa sayang dan cinta dalam hati2 kami agar kami tahu keluasan rahmatMU itu. Agar sayang dan cinta kami, kami zahirkan dan buktikan. Sesungguhnya semua ini bergerak kerana kasih.
Engkau terlalu Agung. Jadikanlah silaturrahim antara kami kukuh dan teguh. Jadikanlah ukhwah ini didakapi bersama redhaMU. Jangan kecualikan kami dari menghirup nikmat syurgaMU.
Aminn..
ReplyDeleteSaya terlambat rupanya. Saya fikir, selepas entry, 'izinkan saya berehat' tiada lagi entry terbaru..rupanya saya silap.ada entry yang sangat menyentuh hati saya. huhu.. Benarlah, hanya doa yang bisa menguatkan kita. Setiap kali menjalani rawatan, saya tidak dapat mengahalang perasaan takut yang hadir. Apatah lagi, rawatan kali ini mungkin agak complicated berbanding yang lepas. Namun, sebolehnya, saya tidak mahu perasaan sedih dan takut saya merosakkan mood saya sekaligus mood orang lain juga untuk bersuka ria bersama yang lain. Lagipun, apalah yang saya dapat jika dilayan persaan sedih dan takut ni.lebih baik saya bersuka ria..hehe..terima kasih atas doa semua, dan jangan berhenti berdoa untuk kebahagiaan kita semua di sni dan di sana..
ReplyDeleteAirmata duka itu kadangkala ubat bagi sengsara, jika diadun dgn doa. Tuhan sering ditemui dlm derita lebih dari dlm gembira.
ReplyDelete