Demi menjenguk Facebook sahaja, berlambak-lambak iklan produk slimming dan whitening terpampang di dinding saya. Isk! Tersindir betul rasanya. Maklumlah, saya ini orang yang berbadan gemuk dan berkulit hitam. Langsung tidak memenuhi piawai kejelitaan satu Malaysia, kan?
Tidak mengapalah kalau pun saya tidak jelita, kerana saya sudah ada suami yang setia (agaknya) dan tidak mengharap apa-apa lagi pada kecantikan fizikal. Selagi memiliki jasmani dan rohani yang sihat, saya bersyukur amat. Selagi suami saya tidak merungut dengan apa yang saya miliki, saya boleh bernafas lega. Jika pun dia mengkritik, saya ada idea juga cadangan yang saya pasti dia akan menyukai!
Entah mengapa, biar pun kita amat sedar betapa tidak pentingnya kecantikan fizikal berbanding kemurnian hati budi, masih lagi kita mahu meletakkan ia di tangga teratas dalam carta-carta yang kita cipta sendiri. Tidak boleh tidak, soalan pertama apabila menilai manusia ialah rupa paras. Ia wajib. Noktah.
Entah bila agaknya manusia akan sedar bahawa kebahagiaan hidup tidak pernah ada ukuran berkadar terus dengan kecantikan. Ia cuma penyedap mata memandang, tetapi hati di dalam?
Dahulu, saya berfikir betapa bertuahnya wanita-wanita jelita yang berupaya menikahi lelaki-lelaki ternama. Betapa mereka akan bahagia dilimpahi kasih sayang dan harta benda. Namun kenyataannya, rumah tangga golongan ini sering sahaja tidak mampu bertahan lama. Setahun dua, mereka bercerai. Bukan kerana isteri semakin hodoh, atau suami jatuh miskin, tetapi kerana tiada persefahaman. Lalu, berantakanlah angan-angan untuk bahagia sampai hujung nyawa. Itu pilihan mereka dan kita kena terima, tetapi walau apa pun alasannya, kita sangat sedar tentunya kerana ada nilai-nilai yang mereka inginkan selain kecantikan dan harta benda yang tidak dapat dipenuhi oleh pasangan.
Tidak salah berhabis untuk menguruskan badan dan memutihkan wajah jika itu bakal memberi kepuasan dalam diri kita, dan jika kita ada kemampuan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Cuma kita perlu sedar bahawa seiring dengan segala pelaburan ke arah itu, menjaga hati dan naluri ahli keluarga yang kita sayangi adalah yang paling aula. Rupa yang cantik hanyalah satu bonus.
Sekadar pandangan daripada saya yang tersindir ini.

No comments:
Post a Comment