Selepas Asar tadi, suami saya keluar. Dia membawa temannya yang masih bujang melihat seorang anak dara di Kampong Chengal. Rakannya itu sudah pun berusia empat puluh tahun, tetapi masih belum bertemu jodoh. Suami saya pula, suka sangat mencarikan pasangan buat rakan-rakannya yang masih bujang.
Dua tahun lepas, suami saya telah pun berjaya 'menjodohkan' seorang rakannya yang kini sudah pun dikurniakan seorang anak. Gembira dan seronok suami saya melihat kebahagiaan pasangan yang ditemukan atas usahanya itu, jadi kali ini dia ingin mencuba lagi untuk rakannya yang lain pula.
Saya mengusik, jangan nanti si dara tu berkenan dengan orang tengah sudahlah! Dia ketawa, dan berkata "apa salahnya?"
Hmm..
Harapan saya, segalanya berlaku seperti yang dirancang. Seperti yang diharapkan. Si lelaki cuma orang kampung, kerja kampung dan tidaklah kaya raya. Tetapi saya tahu, dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Yang boleh diharap. Apa lagi yang diingini oleh seorang perempuan, selain tanggungjawab?
Semoga Allah merestui. Amin.
No comments:
Post a Comment