"Susahlah, suami saya tak pernah nak bagi saya duit. Mentang-mentang saya bekerja, ada duit sendiri..."
Ini luahan seorang sahabat saya. Suaminya berniaga, dan dia pula kakitangan kerajaan bergaji lebih RM6000 sebulan. Tidak lama lagi, dia bakal mendapat kenaikan gred lebih tinggi dengan gaji yang lebih besar. Katanya, "saya tidak mahu beritahu suami saya. Nanti dia lagi susah nak bagi saya duit atau nak bayar itu ini."
Saya terdiam. Begitukah lelaki?
Hakikatnya, bukan semua lelaki begitu tetapi saya percaya, bilangan yang begitu sangat ramai. Bukan mereka lupa tanggungjawab, tetapi mereka mengambil mudah kerana isteri mereka ada wang sendiri. Mereka menunggu isteri meminta dari mereka baru mereka mahu memberi, malangnya bukan semua isteri tahu dan pandai untuk meminta!
Saya juga begitu. Tidak pandai meminta. Apa yang dia bagi, itulah yang saya ambil. Jika dia tidak memberi, saya tidak akan meminta.
Lama-lama, saya jadi jemu. Ada waktu-waktu dia lupa memberi, saya jadi tidak selesa. Untuk meminta, saya memang tidak pandai. Pada hal saya tahu, jika saya meminta, tentu dia tidak keberatan memberi selagi dalam kemampuannya.
Apakan daya, fikrah saya begitu.
Apabila saya mula berjinak-jinak dengan perbankan internet, saya mendapat satu idea. Kali ini ia sangat berkesan dan sudah bertahun-tahun saya menggunakannya.
Saya daftarkan perbankan internet untuknya, tetapi di dalam penggunaan saya. Dia tahu, dan dia izinkan. Dia sangat mempercayai saya dan saya pula, tidak akan sekali-kali menghancurkan kepercayaan yang diberi itu.
Lalu, segala pembayaran bil, ansuran kereta, cukai, tambah nilai prabayar, dan semuanya, hanya di hujung jari saya. Elaun bulanan untuk saya juga. Dia hanya menerima laporan dari saya. Saya akan memaklumkan setiap kali pembayaran dibuat. Jadi, saya tidak perlu lagi berfikir bagaimana untuk meminta. Saya pastikan penggunaan wang untuk perbelanjaan bulanan adalah seimbang dan sekata, adil dan saksama. Jika ada baki yang banyak, saya akan pindahkan ke akaun Tabung Haji. Semuanya, ya semuanya hanya di hujung jari saya!
Setakat ini, ia berjalan lancar. Saya seronok menjadi "bendahari" seperti ini kerana saya rasa saya sangat fleksibel dan "reliable". Semoga tiada sebarang perkara tidak elok berlaku.
Nasihat saya kepada para isteri, jangan malu dan segan untuk meminta. Hak kita tetap hak kita, walaupun ada waktu-waktunya, berkongsi itu lebih membahagiakan. Berkongsi memang sangat dianjurkan, tetapi sebagai wanita bergelar isteri, kita tetap mahu ada sesuatu yang menjadi keistimewaan kita yang disedari suami.
Jika tidak pandai meminta seperti saya ini, tidak salah meniru idea saya. Tetapi, pastikan kita tidak menyeleweng. Berlaku amanah itu sangat utama agar kepercayaannya tidak sia-sia.

No comments:
Post a Comment