Pagi yang indah begini, jangan dicemari dengan bunyi-bunyian yang tidak merdu itu. Ia sungguh mengganggu pendengaran saya. Dari Maghrib malam tadi lagi saya dihidang dengan dentuman-dentuman yang sungguh tidak menyumbang apa-apa manfaat itu. Telinga saya jadi berdesing pelik. Jantung saya pula bergegar geram. Hati saya bagai mahu membawa diri sendiri keluar ke tempat mereka berpesta itu dan menjerit, "berhentiiiiii!!!!" Namun, saya tidak punya kekuatan sebegitu.
Ini hari raya. Hari untuk kita meraikan kemenangan, bukan mencipta suasana peperangan.
Selamat hari raya semua. Saya hari ini dalam keadaan kurang bermaya. Sudah beberapa hari jiwa saya resah dan gelisah memikir kesihatan diri. Mohon doa semua agar tiada yang menakutkan bakal saya tempuh. Insya Allah, Isnin nanti saya mahu ke klinik pakar. Saya mahu meleraikan segala kegusaran dalam hati. Biarpun apa yang bakal saya terima, saya berjanji untuk redha.
Dunia hanyalah persinggahan. Akhirat jua yang abadi.
Selamat hari raya.
No comments:
Post a Comment