Monday, October 16, 2017

Jadual

Cuti bagi saya ialah apabila boleh bangun pagi dengan tenang. Tidak buru-buru. Usai sarapan masih boleh bergolek atas katil sambil main telefon dan dengar TV. Kerja yang ada boleh dibuat bila-bila mahu, tanpa tergesa-gesa.

Tetapi untuk sembilan hari cuti ini - yang hari ini sudah pun hari keempat - saya masih belum mampu begitu. Dua hari pertama saya habiskan di Cameron Highland bersama teman-teman. Semalam Ahad saya berkelas tambahan dan berziarah ke rumah ma bertemu adik-adik yang dirindu. Hari ini saya akan ke Laloh menziarah abang yang sakit. 

Esok pula kami akan selesaikan urusan umrah di Al-Quds. Lusa ada kursus umrah perdana di Balai Islam. Tulat mungkin baru ada ruang. Dan Jumaat, berkursus lagi di Al-Quds.

Penuh jadual walaupun cuti.

Aduhai!


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment