Thursday, March 15, 2018

Simpati



Kasihan bukan? Bagaimanalah dia akan menghadap hari-hari mendatang dalam rasa trauma dan bersalah yang entah bila akan terpadam.

Tertinggal. Lupa. Lalu?

Jikalah masa itu sesuatu yang boleh diputar dan ditarik semula semahunya, pasti dia akan melakukannya. Tetapi yang berlaku telah berlalu. Tangisan apa pun yang dia ratapkan, anaknya sudah pergi untuk selama-lamanya dek kecuaian dia, seorang ibu yang bahunya terbeban dengan pelbagai tugasan.

Malang!

Tidak mampu saya membayangkan remuk redam jiwanya. Tidak upaya saya menggambarkan pedih ngilu hatinya. Anak yang ditatang-tatang ditimang-timang, pergi sekelip mata begitu sahaja kerana kesilapan sendiri. 

Janganlah menghukum dia. Doakanlah agar hatinya redha.

Sumber



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment