Monday, March 19, 2018

Rasa


Saya memandang gambar itu. Lama. Saya tatap penuh syahdu. Seperti sayalah dia itu.

Mata saya berkaca. Syukur dalam jiwa saya seiring rasa syahdu yang melanda. Dugaan dia, persis saya. Cuma izin Tuhan berpihak padanya, sedang saya diberi kisah berbeza.

Bukanlah saya ini mahu iri dengan pemberian Tuhan. Tidak sesekali rasa itu terbit dalam hati. Malah syukur itu sentiasa saya bajai agar subur dan harum sentiasa. Biar semerbak dan mewangi dalam diri saya tanpa setitis gundah gulana.

Buat dia yang sabar dan tabah bertahun lamanya, saya tumpang bahagia dengan anugerah buatnya. Betapa dia lebih hebat diasak tanya dari segenap penjuru negara, berbanding saya yang bukan siapa-siapa.

Tahniah Dato' Siti Nurhaliza. Anda ternyata seorang insan yang teguh hati dan kuat jiwa kerana setiap dugaan tiba tidak pernah mematahkan semangat perjuangan diri. Saya doakan agar anugerah ini menjadi permata yang disayangi, seperti anda juga.

Alhamdulillah. 



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment